USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HARI WARGA STAF USM KEMBALI LAGI, KAMPUS KESIHATAN MENJADI TUAN RUMAH

HWS23

Setelah tiga (3) tahun tertangguh ekoran pandemik COVID-19 dan kali terakhir penganjurannya pada tahun 2019, Hari Warga Staf USM kembali lagi bagi tahun 2023, dengan Kampus Kesihatan USM diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah.

Enam (6) kontinjen bakal berentap mewakili kesemua kampus terdiri daripada Halia Bara yang mewakili Kampus Induk, Serai Wangi mewakili Kampus Kejuruteraan, Duri Tujuh dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) serta Misai Kucing, Kacip Fatimah dan Jarum Mas wakil tuan rumah Kampus Kesihatan.

Boling, Campuslauf, Scavenger Hunt, Tug of War, Funday Esporte, Masterchef, Anjung Lestari, Hip-hip Horey dan Pentas Lantera Seni adalah acara yang bakal dipertandingkan pada edisi kali ini.

Menang atau kalah adat pertandingan. Medal serta piala bukanlah semata-mata apa yang dikejar. Budaya hidup sihat menerusi sukan, semangat kerjasama berpasukan serta penganjuran aktiviti melibatkan warga segenap lapisan dalam suasana kekeluargaan adalah antara tujuan utama Hari Warga Staf USM 2023 bertemakan ‘Warga Harmoni, Universiti Lestari’.

Lapangkan kalendar anda untuk Hari Warga Staf USM 2023 yang akan berlangsung pada 25 hingga 26 Ogos ini di Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian, Kelantan.

Bagi yang berminat, sila hubungi wakil kontinjen masing-masing. Maklumat lanjut, syarat pertandingan dan borang penyertaan daripada jawatankuasa induk serta setiap acara boleh dirujuk menerusi pautan https://hws2023.kk.usm.my .

Jumpa di Kampus Kesihatan nanti.

#WargaHarmoniUniversitiLestari

#HariWargaStafUSM2023

Sumber: Jawatankuasa Kecil Hebahan, Sambutan & Protokol, Hari Warga Staf USM 2023

  • Created on .
  • Hits: 295

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024