USM DI FESTIVAL WARISAN@LENGGONG, MERAKYATKAN SENI BUDAYA SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-11 PENGIKTIRAFAN WARISAN ARKEOLOGI LEMBAH LENGGONG SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO
LENGGONG, PERAK, 3 Ogos 2023 – Bersempena dengan ulang tahun ke-11 pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini telah turut bersama menyambut Festival Merakyatkan Seni Budaya Warisan Akar Umbi di Dataran Lenggong, Perak.
Festival ini telah dianjurkan oleh Jabatan Warisan Negara dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak pada 27 hingga 30 Julai 2023 yang lalu.
Hadir bagi menyempurnakan kedua-dua majlis perasmian dan penutup festival adalah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Tiong King Sing bersama-sama dengan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad.
Turut hadir dari USM ialah Pengarah PPAG USM, Profesor Dr. Stephen Chia Ming Soon dan Profesor Kehormat Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS), Profesor Dato’ Dr. Zulfigar Yasin.
Hasil kajian arkeologi di Lembah Lenggong sejak 1987 merupakan antara perkara yang amat membanggakan buat PPAG USM, yang mana hasil ini telah mendapat pengiktirafan tertinggi pada peringkat dunia.
Selain itu, PPAG USM juga turut terlibat dengan Bicara Warisan Arkeologi, Pameran Arkeologi serta Program Arkeologi Muda di Festival Warisan@Lenggong tersebut untuk mendidik orang awam, khususnya rakyat tempatan dari Perak tentang sejarah, perjumpaan arkeologi, pemeliharaan dan kelestarian warisan arkeologi di Lenggong, Perak.
Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi
- Created on .
- Hits: 522