USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

LYK X USM BERJAYA MERANGKUL GELARAN JUARA BAGI KEJOHANAN MSL CHAMPIONSHIP 2023

364068898 769932521598044 8506242308108656071 n

USM PULAU PINANG, 2 Ogos 2023 – Pasukan LYK X USM Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini telah muncul sebagai Johan dalam perlawanan akhir Kejohanan MSL Championship pada 29 Julai yang lalu.

Bertempat di Sunway Velocity, Kuala Lumpur, kejohanan tersebut dianjurkan buat julung kalinya oleh Moontoon Student Leader dengan kerjasama dan penajaan dari Infinix Malaysia dan rakan strategik GamesMY Esport.

WhatsApp Image 2023 08 02 at 11.02.14

Sebanyak 128 pasukan daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh Malaysia telah bertanding dalam kejohanan tersebut, namun hanya dua pasukan terhebat iaitu pasukan Universiti Sains Malaysia (LYK X USM) dan pasukan Universiti Putra Malaysia (UPM X PRIIDAMAN) telah layak ke pusingan Grand Final.

Kedua-dua pasukan tersebut telah berjaya mengharungi peringkat saringan (Qualifier) dan PlayOffs pada 21 Julai 2023 sehingga 28 Julai 2023 yang lalu, dan setelah itu kedua-dua pasukan ini telah berentap bagi merebut gelaran juara musim pertama kejohanan MSL Championship 2023.

WhatsApp Image 2023 08 02 at 11.02.14 1

Dalam perlawanan yang sengit itu, pasukan LYK X USM yang diketuai oleh Syahirul Shafwan Sadik Batcha bersama ahli kumpulan yang lain telah berjaya menewaskan pihak lawan dengan mata 3 berbalas 1.

Sementara itu, salah seorang ahli LYK X USM, Muhamad Afif Muhamad Tarmizi atau dikenali sebagai ‘Kinder Bueno’ telah diiktiraf sebagai Most Valuable Player (MVP) dan pasukan LYK X USM telah berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM15,000 beserta telefon pintar Infinix Note 30 Pro.

Pasukan LYK X USM juga terdiri daripada pelajar-pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mana mereka telah berganding bahu bersama peserta USM bagi menjuarai kejohanan itu sebagai syarat pertandingan penglibatan dua buah Universiti.

WhatsApp Image 2023 08 02 at 11.02.13

Mereka yang menyertai kejohanan tersebut adalah:

Universiti Sains Malaysia

1. Syahirul Shafwan Sadik Batcha (Tahun 2) | Pusat Pengajian Sains Komputer

2. Muhamad Afif Muhamad Tarmizi (Tahun 2) | Pusat Pengajian Sains Komputer

3. Muiz Fahmi Jamran (Tahun 3) | Pusat Pengajian Sains Komputer

4. Harith Chandrasekaran (Tahun 2) | Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

Universiti Teknologi MARA

5. Muhammad Arif Shamil Ariffin

6. Muhammad Hakim Mikhail Mohd Saiful Rizal

7. Muhammad Faris Badrul Zaman

8. Mohamad Arif Asyraaf Mohamad Redzwan

Pihak USM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan LYK X USM kerana telah berjaya mengharumkan nama Universiti.

Sumber dan Foto: Unit Sidang Media MSL Championship 2023/ Suntingan: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi

  • Created on .
  • Hits: 338

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024