USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PRODUK INOVASI PELAJAR USM MENDAPAT PENGIKTIRAFAN DI KONVENSYEN INOVASI SOSIAL 2023

KUALA LUMPUR, 6 Julai 2023 – Noor Aisyah A. Rahman, pelajar tahun tiga di Pusat Pengajian Sains Kimia telah mengharumkan nama Universiti Sains Malaysia (USM) apabila dinobatkan tempat pertama dalam Cabaran Inovasi Sosial (CIS) bersempena dengan Konvensyen Inovasi Sosial (KIS) 2023.

358127119 663786572443668 8915231591476160713 n

KIS 2023, buat julung kalinya dianjurkan bertujuan untuk menghimpun para pemikir, inovator dan profesional dalam bidang inovasi sosial yang berlangsung selama tiga hari bermula 4 hingga 6 Julai 2023 bertempat di Menara Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kuala Lumpur.

Cabaran Inovasi Sosial 2023 telah membawakan 15 finalis daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara yang berjaya melepasi pemilihan di peringkat pertama, seterusnya bersaing di sesi Final Pitching CIS@KIS 2023.

Noor Aisyah melalui produk inovasinya, Kotak Daripada Buluh dan Benih Pokok telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3,000 untuk Tempat Pertama CIS, dan RM1,000 bagi Anugerah Green-Tech/Sustainability/SDG.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim. Beliau turut menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Rakan Strategik KIS 2023 dan Sijil Penyertaan Peserta KIS 2023.

Dalam ucapan penutup, Aminuddin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang CIS 2023 serta agensi pelaksana di bawah MOSTI iaitu Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) atas kejayaan penganjuran KIS 2023 bersama penaja utama, MARA.

Seluruh warga USM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Noor Aisyah diatas kejayaan ini.

Teks/Foto: Pusat Pembangunan HEBAT (HDC)/Suntingan: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi

  • Created on .
  • Hits: 391

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024