USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ADIKARMA USM JUARA KESELURUHAN KATEGORI KEBUDAYAAN IMT-GT 2023

Adikarma IMT GT

BANDA ACEH, INDONESIA, 12 Julai 2023 – Kumpulan Kesenian ADIKARMA, Universiti Sains Malaysia (USM) telah dinobatkan sebagai pemenang The Best Full Performance Dance iaitu Juara Keseluruhan bagi Kategori Kebudayaan dalam Karnival Varsiti IMT-GT Kali ke-22 yang melabuh tirai hari ini.

Kumpulan ADIKARMA yang di bawah Pusat Pembangunan Bakat (TDC), Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) USM, menampilkan dua persembahan tarian kreatif yang bertajuk ‘Mesmerizing Hue of Malaysia’ dan tarian tradisi ‘Tarian Melanau’, berjaya menewaskan 11 delegasi lain iaitu 4 universiti dari Indonesia, 3 universiti dari Malaysia dan 4 universiti dari Thailand.

Untuk kategori kebudayaan Karnival, yang bermula 8 Julai sehingga 12 Julai 2023 di Universitas Syiah Kuala, Banda Aceh, Indonesia, pasukan USM telah dipimpin oleh Penolong Pegawai Kebudayaan BHEPA, Ahmad Ashahirin Hamlet dan melibatkan 19 orang pelajar dari Kumpulan Kesenian ADIKARMA USM.

Hadir sama meraikan kemenangan ADIKARMA ialah Ketua Kebudayaan merangkap Pengarah TDC USM, Zulkifli Che Hussin; dan Timbalan Pendaftar, BHEPA Kampus Kesihatan, Hafiz Assad Zakaria.

Warga USM secara keseluruhannya mengucapkan syabas dan tahniah atas kemenangan tersebut. Satu pencapaian yang amat baik dan membanggakan demi pembangunan bakat pelajar dan semangat kepimpinan ke arah agenda H.E.B.A.T (Holistic, Entrepreneurial, Balanced, Articulate, Thinking).

Teks/Foto: Ahmad Ashahirin Hamlet (Pusat Pembangunan Bakat, TDC, BHEPA)/Suntingan: NirMaryadi Rashid (Unit Media dan Dokumentasi BHEPA)

  • Created on .
  • Hits: 385

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024