USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MPDIK-PUSAT ISLAM CAKNA BANTU PELAJAR ASNAF; 99 ORANG TERIMA SUMBANGAN KIT ‘READY TO EAT’

4e75aaa0 167f 4daa 968e 98e5b2a4ad2e

USM PULAU PINANG, 18 Julai 2023 – Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah 1445, Majlis Santapan Rohani dan Perutusan Khas oleh Naib Canselor USM, program ‘Gobok Rezeki’ iaitu penyediaan kit ‘ready to eat’ untuk disumbangkan kepada pelajar telah diadakan di Anjung Sahabat, Pusat Islam, USM semalam.

Sumbangan telah diberikan kepada pelajar-pelajar yang tergolong dalam dua kategori iaitu Asnaf Fakir Miskin dan Asnaf Fisabilillah yang menghuni di desasiswa-desasiswa USM Kampus Induk.

Maklumat berkenaan pelajar-pelajar tersebut telah dikumpul sejak awal tahun 2023 melalui Google form dan telah diverifikasi oleh jawatankuasa pemilih yang diketuai oleh Pengarah Pusat Islam USM, Ustaz Haji Mohammad Shukri Osman dan Timbalan Pengarah Pusat Islam USM, Ustaz Zayd Zhari.

473efe5c e0a2 4876 a3e9 ec82d0d03051

Kit ‘ready to eat’ ini merupakan hasrat murni yang disumbangkan kepada pelajar yang kurang berkemampuan oleh Majlis Penghuni Desasiswa Indah Kembara (MPDIK) melalui Majlis Penggawa Desasiswa (MPD), Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) USM dengan kerjasama Pusat Islam USM, Pusat Zakat Pulau Pinang dan Tabung Haji.

Sumbangan kit makanan tersebut yang bernilai sekitar RM100 setiap satunya, mengandungi pelbagai kudapan ringan seperti biskut, minuman kotak dan botol, minuman bancuhan (seperti milo, nestum multi bijirin, oat) dan pelbagai jenis makanan lain bagi meringankan beban para pelajar semasa minggu peperiksaan ini.

5c896b2a 229f 4bbc 81e9 19b8d4d907e6

Profesor Dr. Azlan Amran, yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu melancarkan perjalanan pemberian sumbangan ini.

Teks/Foto: Siti Hawa Junoh (Pengawa Desasiwa Indah Kembara)/Suntingan: NirMaryadi Rashid (Unit Media dan Dokumentasi BHEPA USM) & Tan Ewe Hoe

  • Created on .
  • Hits: 374

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024