USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR PP PENGURUSAN WAKILI NEGARA KE TEMASYA SUKAN UNIVERSITI DUNIA (UNIVERSIADE) 2023 DI CHENGDU, CHINA

WhatsApp Image 2023 07 21 at 2.45.15 PM

PUTRAJAYA, 20 Julai 2023 – Semalam telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia sempena FISU World University Games (UNIVERSIADE) 2023 yang akan berlangsung di Chengdu, China pada 28 Julai 2023 - 8 Ogos 2023 ini.

Majlis penyerahan tersebut telah diadakan di Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi.

Dalam majlis tersebut juga, atlet memanah Universiti Sains Malaysia (USM), Kayalvhily, pelajar tahun dua dari Pusat Pengajian Pengurusan yang juga akan mewakili Malaysia dalam acara memanah, turut menerima Anugerah Pasukan Terbaik Wanita, Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2022.

WhatsApp Image 2023 07 21 at 2.45.16 PM

Untuk rekod, Kayalvhily pernah meraih pingat Gangsa menerusi kategori Compound Wanita Berpasukan di Sukan SEA Vietnam 2022.

Hadir sama meraikan kejayaan ialah Profesor Dr. Azlan Amran yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM; Pemangku Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi USM, Nasrullah Mohamed Farouk; dan juga mantan Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi USM, Tuan Haji Idrus Haji Rapie yang turut dianugerahkan Anugerah Sekalung Budi MASUM.

WhatsApp Image 2023 07 21 at 2.45.17 PM

Warga USM mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan tersebut dan semoga Kayalvhily turut berjaya meraih pingat dalam acara memanah yang akan dipertandingkan nanti yang dijadualkan bermula pada hari pertama Temasya Sukan ini.

WhatsApp Image 2023 07 21 at 2.45.18 PM

Teks: NirMaryadi Rashid (Unit Media dan Dokumentasi BHEPA USM)/Foto: Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM)/Suntingan: Tan Ewe Hoe

  • Created on .
  • Hits: 655

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024