USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM SAMBUT AWAL MUHARRAM DENGAN PENUH KESYUKURAN

5f2625bb 5aa1 426c bd58 9f51ddc1e1a5

USM PULAU PINANG, 19 Julai 2023 – Terus bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan. Setiap yang berlaku pasti tersimpan hikmah buat Menara Ilmu tercinta ini dalam memastikan kelangsungannya terus cemerlang dan membawa agenda APEX ke tahap yang lebih baik.

Dengan kejayaan yang cemerlang baru-baru ini bagi THE Impact Rankings 2023 yang mana USM menduduki tempat ke-4 dunia dan QS World Ranking 2024 yang mana USM menduduki tempat ke-137 iaitu naik beberapa anak tangga dari tahun sebelumnya serta menduduki kelompok kedua terbaik di Malaysia, ini membuktikan bahawa USM mampu melakukan lebih lagi pada tahun mendatang.

Demikian ujar Naib Canselor USM, Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed dalam meraikan sambutan Awal Muharram 1445H yang menandakan bermulanya tahun baharu dalam kalender umat Islam pada hari ini.

Menurut Abdul Rahman, USM masih mampu mencipta kejayaan yang membanggakan sebegini dengan hasil usaha sama antara semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.

"Di dalam keberkatan meraikan masuknya tahun baharu dalam kalender Islam ini, USM akan terus optimis dalam segala bidang dan sasarannya yang berkaitan di masa hadapan, dan mengambil contoh peristiwa hijrah yang hebat ketika zaman Rasullullah, Insyaallah USM juga boleh menggunakan pendekatan ini untuk terus maju," tegasnya.

Tambahnya lagi, kejayaan mampu digapai oleh seluruh warga USM jika semuanya bersatu hati dan bekerja secara berpasukan, dan hasilnya pasti akan terbukti akhirnya.

USM mengucapkan selamat menyambut Awal Muharram 1445H buat semua warganya yang beragama Islam.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Infografik: Adli Hanafi Azmi

  • Created on .
  • Hits: 347

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024