USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PACU PERSEKITARAN AKADEMIK RENTAS SEMPADAN FOKUS MoU USM DAN HIFA CHINA

WhatsApp Image 2023 07 13 at 2.54.15 PM

USM, PULAU PINANG, 13 Julai 2023 – Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Hubei Institute of Fine Arts (HIFA), China untuk memacu persekitaran akademik yang merentasi sempadan dan membolehkan pelajar-pelajar kedua-dua institusi itu bertukar idea, kepakaran serta pengalaman.

Pemeteraian MoU itu disempurnakan Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed bagi pihak USM manakala HIFA pula diwakili oleh Naib Presidennya, Profesor Dr. Cheng Zhili.

WhatsApp Image 2023 07 14 at 10.26.12 AM

Menurut Abdul Rahman, penandatanganan MoU itu menandakan permulaan lembaran baharu kerjasama antara dua (2) institusi yang memfokuskan visi yang sama iaitu memupuk kecemerlangan akademik, menggalakkan pemahaman budaya dan memupuk bakat kreatif.

“HIFA merupakan sebuah institusi pengajian tinggi berprestij yang mempunyai kepakaran dalam seni halus dan reka bentuk serta sejarahnya yang kaya dan sumbangannya yang cemerlang.

“Saya percaya kerjasama ini akan menyediakan peluang berharga untuk penyerapan budaya, pendedahan artistik serta pembangunan projek kolaboratif dan inovatif antara kedua-dua pihak,” katanya.

Tambah beliau, menerusi MoU ini, kedua-dua institusi akan terlibat dalam pertukaran pelajar, inisiatif penyelidikan bersama, dan perkongsian sumber serta kemudahan.

WhatsApp Image 2023 07 14 at 10.22.37 AM

“Saya berharap kerjasama ini dapat meluaskan skop bidang seni, budaya dan kreativiti kedua-dua negara kerana perkongsian ini pastinya merupakan langkah penting untuk kedua-dua universiti.

“Semoga MoU ini membuka jalan kepada pertukaran yang membuahkan hasil, persahabatan yang berkekalan dan kerjasama transformatif serta menjadi permulaan kepada usaha yang lebih berjaya dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak pada masa hadapan,” jelasnya lagi.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Dekan Pusat Pengajian Seni USM, Profesor Madya Dr. Sarena Abdullah; Pengarah Pejabat Pertukaran dan Kerjasama Antarabangsa HIFA, Profesor Dr. Rui Li; Pengarah Pusat Mobiliti dan Kolaborasi Antarabangsa (IMCC) USM, Profesor Madya Dr. Muhizam Mustafa; dan Timbalan-timbalan Dekan Pusat Pengajian Seni USM.

Teks: Nour Aida Azreena Ahmad Zulman/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 235

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024