USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MoU USM–JKR PERKUKUH PENYELIDIKAN BIDANG KEJURUTERAAN FORENSIK

IMG 0035

MELAKA, 11 Julai 2023 – Universiti Sains Malaysia (USM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) memperkukuh jalinan kerjasama strategik dalam perundingan dan penyelidikan berkaitan bidang Kejuruteraan Forensik menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) semasa Persidangan Pegawai Kanan Jabatan Kerja Raya 2023 (SOC JKR 2023) di Hotel Hatten, hari ini.

MoU tersebut ditandatangani Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed bagi pihak USM dan Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir. Ahmad Redza Ghulam Rasool bagi pihak JKR.

 IMG 0074

Melalui MoU tersebut, USM dan JKR bakal berkolaborasi meneroka dan mempelbagaikan sumber pengetahuan sebagai usaha memacu pembangunan negara Madani melalui konsep ilmu pengetahuan dan kearifan tempatan.

JKR merupakan satu-satunya agensi teknikal kerajaan yang memberikan khidmat nasihat teknikal dalam bidang Kejuruteraan Forensik Struktur.

Berbekalkan maklumat dan pengalaman yang dimiliki JKR, perkongsian data-data yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh para penyelidik, penggiat industri dan pelajar.

Selain itu, USM dan JKR percaya bahawa penyelidikan bersama, kerjasama penyiasatan di lapangan dan penganjuran seminar serta latihan profesional dapat memberi kelebihan kepada kedua-dua pihak.

WhatsApp Image 2023 07 11 at 12.44.45 PM

Jalinan kerjasama tersebut juga dilihat mampu meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam dan pendidikan, seterusnya memberikan impak positif kepada masyarakat dan negara.

Hadir menyaksikan pertukaran dokumen MoU tersebut ialah Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi dan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Hj. Ahmad.

Turut hadir bersama Naib Canselor USM ialah Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Profesor Dr. Mohd Suffian Yusoff.

Teks: Amyrulhan Azhari/Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 305

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024