USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM ZAHIR UCAPAN ULANG TAHUN TYT YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG 2023 DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI WARISAN DUNIA GEORGE TOWN

WhatsApp Image 2023 07 08 at 3.59.55 PM

USM PULAU PINANG, 8 Julai 2023 – Seluruh warga Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menzahirkan ucapan selamat ulangtahun kelahiran yang ke-74 kepada TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Warga USM melalui Naib Canselornya, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed mendoakan semoga Tun dilanjutkan usia, dilimpahkan rahmat olehNya buat Tun dan Negeri Pulau Pinang supaya terus maju dan sejahtera di bawah naungan TYT Tun.

Ahmad Fuzi, 74, merupakan seorang anak jati Pulau Pinang yang berasal dari Sungai Bakap dan beliau menyertai perkhidmatan diplomatik dan pentadbiran seawal tahun 1972, dan pernah juga berkhidmat di pelbagai jawatan termasuk Ketua Setiausaha di Kementerian Luar Negeri sehingga tahun 2009.

Kampus Induk USM yang terletak di Pulau Pinang merupakan satu-satunya Institusi Pengajian Tinggi Awam yang tersergam indah di Pulau Mutiara ini yang ditubuhkan pada tahun 1969.

Sementara itu, Naib Canselor dan seluruh warga USM turut menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Warisan Dunia George Town yang disambut kelmarin 7 Julai 2023 oleh seluruh warga Pulau Pinang.

WhatsApp Image 2023 07 08 at 1.38.01 PM

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) telah menganugerahkan status Tapak Warisan Dunia George Town di Pulau Pinang untuk sambutan ini.

Anugerah ini memberi penghormatan ke atas warisan budaya, pengaruh Barat dan landskap di George Town dan sebagai mengiktiraf penamaan itu, kerajaan Pulau Pinang mengisytiharkan 7 Julai setiap tahun untuk sambutan ini dan menjadikannya sebagai cuti umum.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Infografik: Ebrahim Abdul Manan  

  • Created on .
  • Hits: 668

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024