USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELANTIKAN SEBAGAI PANEL PENASIHAT PERUBAHAN IKLIM PENGIKTIRAFAN BESAR KEPADA USM

WhatsApp Image 2023 07 07 at 13.15.47

KUALA LUMPUR, 6 Julai 2023 – Naib Canselor, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, hari ini menerima watikah pelantikan bagi pihak Universiti Sains Malaysia (USM) yang dilantik sebagai Panel Penasihat Perubahan Iklim yang disampaikan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Panel penasihat ini ditubuhkan dengan keanggotaan merangkumi individu daripada pelbagai latar belakang dan kepakaran dalam bidang yang berkaitan dengan perubahan iklim seperti sains iklim, dasar, ekonomi dan kejuteraan termasuk ahli akademik dan bukan akademik, ahli industri, wakil institusi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan.

Pemilihan wakil daripada USM merupakan pengiktirafan besar selari dengan pencapaian terkini USM yang menduduki tempat keempat (4) di dunia dalam ranking keseluruhan ‘Sustainability Development Goals (SDG)’ 2023 yang turut menyenaraikan ‘Climate Action’ sebagai SDG No.13.

Pelantikan ini juga bermakna USM bakal mempunyai suara untuk memberi khidmat nasihat dan panduan kepada pembangunan dasar perubahan iklim delegasi negara yang menghadiri persidangan negara ahli kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFCCC COP).

  • Created on .
  • Hits: 435

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024