USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENGANALISIS POLITIK TERKENAL TANAH AIR SAMPAIKAN SYARAHAN UMUM PERSETUJUAN DAN PERCANGGAHAN DALAM ARENA POLITIK MALAYSIA DI USM

USM PULAU PINANG, 5 Julai 2023 - Penganalisis politik tanah air yang telah ditemubual lebih daripada 3,000 kali oleh pengamal media dalam dan luar negara, Profesor Dr. Sivamurugan Pandian yang juga merupakan pensyarah PPSK USM dan meupakan Pengarah Pusat Pengurusan Bencana (Nerve Centre) Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini telah menyampaikan Syarahan Umum Pelantikan Profesor yang bertajuk ‘Persetujuan Dan Pecanggahan dalam Arena Politik Malaysia’ bertempat di Dewan Budaya, USM.

357497991 675064607993625 2799796433885362128 n

Program yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (PPSK) USM ini telah mendapat sambutan hangat daripada kalangan pelajar dan bukan pelajar dengan membanjiri keseluruhan tempat di dalam dewan.

Sivamurugan juga sering dijadikan contoh dan idola jenama warga ‘Malaysia’ kerana jati diri beliau terhadap tanah air, bahasa dan perpaduan serta jiwa patriotisme yang dimilikinya.

Beliau yang juga pernah dinobat sebagai Ikon Patriotik, Tokoh 1Malaysia dan pelbagai pengiktirafan lain turut berperanan memegang beberapa portfolio penting termasuk Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara, Majlis Penasihat Persatuan Bola Sepak Malaysia, Naib Presiden Persatuan Badminton Kuala Lumpur dan pelbagai lagi.

Syarahan Sivamurugan menyentuh kepada perkembangan politik negara, selain turut memberi tumpuan kepada evolusi pertukaran anggota ‘gabungan’ dan pegangan politik yang berubah mengikut peredaran masa berpandukan kepada tiga perkara yang mendasari politik tanah air iaitu politik adalah seni segala kemungkinan; politik angka; dan tiada musuh atau lawan yang kekal, hanya kepentingan yang tidak berubah.

Menurut Sivarmurugan, kita seharusnya bergerak ke arah memanusiakan politik iatu dengan meningkatkan literasi kadar celik huruf, warganya yang berpengetahuan, bersikap rasional dan praktikal dan tidak bersifat emosional ataupun taksub dengan sesuatu perkara sehingga lupa bahawa kita tidak boleh menjadikan masa depan sebagai ‘padang jarak padang terkukur’.

May be an image of 4 people and text

“Saya percaya kita perlu melihat terhadap beberapa perkara iaitu pertama, sejauh mana wujudnya usaha untuk bergerak ke arah percambahan, pertembungan idea fikiran dalam suasana baharu, yang mana ia tidak boleh didominasi oleh personality yang melihat ini sebagai satu percaturan baharu; dan yang kedua, walaupun asas itu penting dalam soal etnik, tetapi soal lain perlu dikembangkan dengan melontarkan isu seperti keadilan, kesaksamaan, kebebasan, keselamatan, keamanan dan kesejahteraan perlu diangkat,” katanya.

Tambahnya lagi, kita perlu membina platform pelantar baharu dalam konteks persekitaran politik baru yang mana ikatan kolonial, tradisional dan kovensional itu penting dan kita juga perlu sesuaikan dengan perubahan yang sedang berlaku pada hari ini seperti ledakan teknologi danmakluman yang sampai kepada kita.

Oleh itu, arena politik ini tidak boleh kita korbankan semata-mata kepentingan pertembungan personaliti ataupun kepentingan pertembungan.

Di akhir syarahannya, Sivamurugan meyimpulkan bahawa sebagai rakyat Malaysia, tidak kira latar belakang dari segi etnik mahupun agama, kita perlu mempertahankan apa yang telah kita bina dan kita tidak boleh membenarkan percanggahan itu membesar sehingga menggugat apa yang telah kita lihat.

Hadir sama pada majlis adalah Naib Canselor USM, Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed; Presiden Universiti Kuala Lumpur, Profesor Datuk Dr. Roziah Omar; Presiden Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose; Pendaftar USM, Dato’ Dr. Musa Ali; Dekan PPSK USM, Profesor Madya Dr. Mohamad Shaharudin Samsurijan; Mantan Dekan PPSK USM, Tuan Haji Abdul Rahim Ibrahim dan pegawai-pegawai utama USM.

May be an image of 8 people, dais and text

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 489

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024