USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SUKAN SEBAGAI WADAH MENJAGA KESIHATAN DAN KEHARMONIAN WARGA USM

WhatsApp Image 2023 06 24 at 3.23.34 AM

PULAU PINANG, 27 Jun 2023 – Selain untuk penjagaan kesihatan, sukan juga wadah berkesan memupuk keharmonian, demikian antara petikan ucapan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed semasa menyampaikan ucapan di Majlis Anugerah Sukan USM Ke-42 baru-baru ini.

Majlis yang diadakan di Hotel Bayview Pulau Pinang pada 23 Jun lalu bertujuan menghargai sumbangan, pencapaian serta perjuangan atlet-atlet USM yang telah berjaya mengharumkan nama universiti di persada sukan sepanjang tahun 2022.

WhatsApp Image 2023 06 24 at 3.23.28 AM

Naib Canselor dalam ucapan beliau turut menzahirkan harapan universiti untuk melihat warga cemerlang dalam pelbagai sektor termasuk juga sukan.

“Justeru, universiti dalam segenap kapasiti sentiasa memberi perhatian supaya perancangan dan pelaksanaan program-program sukan tidak tercicir,” katanya.  

Naib Canselor juga merakamkan ucapan tahniah serta menyampaikan anugerah-anugerah kepada warga sukan yang telah menunjukkan pencapaian membanggakan sepanjang tahun lepas.

WhatsApp Image 2023 06 24 at 3.23.25 AM

Pencapaian mereka diharap menjadi perangsang serta motivasi kepada warga kampus untuk terus gigih membawa nama USM ke pelbagai acara sukan, baik di peringkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa.

Teks: Amyrulhan Azhari/Foto: Shahnizam Ab Rahim

  • Created on .
  • Hits: 396

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024