USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

FESTIVAL KESENIAN ZAPIN 2023: 8 UNIVERSITI BERADU NASIB

WhatsApp Image 2023 06 26 at 12.58.01 AM1

USM, PULAU PINANG, 26 Jun 2023 – Pasukan zapin daripada lapan (8) buah universiti beradu nasib menerusi Festival Kesenian Zapin (FEKAZ) 2023 yang berlangsung di Dewan Tuanku Syed Putra, di sini semalam.

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed semasa menyampaikan ucapannya merakamkan penghargaan dan syabas kepada Ikatan Mahasiswa Mahasiswi Johor (IKMAR) selaku penganjur program.

"Seni merupakan budaya serta lambang wajah kita sebagai orang yang hidup bermasyarakat.

356244961 668777551955664 1955305153343723125 n

"Zapin serta lain-lain khazanah seni warisan turun temurun perlu dihargai, diamal dan dipertahankan supaya tidak ditelan arus pemodenan zaman," ujarnya.

Abdul Rahman turut mengalu-alukan semangat serta kerjasama berpasukan dalam apa-apa pertandingan termasuk festival zapin ini kerana ia merupakan nilai tambah kepada pencapaian akademik para pelajar.

355701983 668777501955669 4803524696273682109 n

“Buatlah yang terbaik untuk merangkul gelaran juara. Kalah dan menang itu sudah menjadi adat dalam setiap pertandingan, namun semangat dan kesungguhan anda itu lebih penting dan membanggakan," tambahnya lagi.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Lama, Norlizah Noh; Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Dr. Habibah A Wahab; Pengarah Yayasan Warisan Johor, Sharil Nizam Abdul Rahim; Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pulau Pinang, Shapee Che Embi; Pengurus Kanan Bahagian Bantuan Pendidikan, Yayasan Pelajaran Johor, Mohamad Zeen Watak; dan Pengarah Projek FEKAZ 2023, Muhammad Aidil Haikal Osman.

Teks: Amyrulhan Azhari/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 410

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024