USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM PROMOSI BULAN KELESTARIAN MELALUI SUFIEX DAN PEJABAT HIJAU

94feceff 1c85 482a a815 7bd4bf5dd710

USM, PULAU PINANG, 24 Jun 2023 – Universiti Sains Malaysia (USM) buat julung kalinya menganjurkan karnival Pameran Inisiatif Masa Hadapan Lestari (SUFIEX) dan Pelancaran Pejabat Hijau 2023 sempena Bulan Kelestarian USM, di Dewan Utama Peperiksaan A, hari ini.

SUFIEX menyediakan platform untuk para pelajar meningkatkan kesedaran tentang 'Sustainable Development Goals' (SDG) dan membantu mereka mengembangkan pandangan tentang isu-isu kritikal di seluruh dunia.

88da251d f3ea 4386 ae05 1eb6d8cb6da4

Menurut Naib Canselor USM, Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, cabaran yang dihadapi kini adalah besar dan kompleks seperti perubahan iklim, kehabisan sumber, kemerosotan alam sekitar dan ketidaksamaan sosial.

"Oleh yang demikian, penganjuran SUFIEX tertumpu kepada inovasi, pengetahuan dan semangat untuk membentuk masa depan yang lebih baik," ujarnya.

Abdul Rahman berkata, SUFIEX mempamerkan pelbagai projek, penyelidikan dan idea yang berpotensi untuk mengubah dunia.

"Pameran yang kita lihat hari ini adalah bukti komitmen, semangat, kreativiti dan dedikasi para pelajar serta warga USM yang telah bekerja tanpa jemu ke arah masa depan yang mampan.

576e7908 fe77 4ee1 8aef a21282a1b58b

"Di USM, pendidikan adalah tunjang pembangunan mampan. Melalui SUFIEX, ia telah melengkapkan para pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk memberi kesan positif kepada masyarakat dan alam sekitar," jelasnya lagi.

Tambah beliau, pameran seperti ini memberi peluang untuk berkumpul, berkongsi idea dan belajar antara satu sama lain.

"Dengan bekerjasama, kita mempunyai kuasa untuk membentuk masa depan yang mampan dan makmur untuk generasi akan datang.

71f97fed 7bf3 4d17 b29b 4a5730a680d4

"Ia adalah peringatan bahawa kemampanan bukan sekadar kata kunci atau trend yang berlalu, tetapi asas yang harus membimbing tindakan kita secara individu dan kolektif," ulasnya lanjut.

Karnival ini turut mempromosi dan mengetengahkan SDG melalui beberapa aktiviti yang menyeronokkan.

bce88ba6 b32a 4e53 855b 2ba1b5fec61d

Dengan slogan 'Jangan Tinggalkan Sesiapa Di Belakang', ia mewakili komitmen yang tidak berbelah bahagi semua pihak untuk membasmi kemiskinan dalam semua aspek, menamatkan diskriminasi dan mengurangkan ketidaksamaan yang menjejaskan potensi individu dan manusia secara keseluruhan.

Dalam majlis yang sama, turut berlangsung Pelancaran Pejabat Hijau 2023 yang juga disempurnakan oleh Naib Canselor USM.

84299e23 ae0b 4fce a8d3 13d7d6bd1cbf

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat dan Kelestarian Institusi yang turut Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Profesor Dr. Azlan Amran; Pengarah Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS) USM, Profesor Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei; Pengurus Eksekutif Pesticide Action Network Asia Pacific, Sarojeni Rengam; Pengarah Projek Pejabat Hijau 2023, Dr. Normaliza Abdul Manaf; Pengarah Projek SUFIEX, Nur Aisyah Ahmaddin; dan Penasihat Sekretariat Kampus Sejahtera USM, Ahmad Wafi Sahedan.

Teks: Siti Sri Mas Ismail/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 687

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024