USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

“SALVATION FOR HOMELESS” USAHA MURNI PELAJAR USM SANTUNI GELANDANGAN

ca4db462 0db3 4deb 9bc1 ddc6af8aea24

GEORGETOWN, PULAU PINANG, 24 Jun 2023 – Salvation For Homeless “Misi Bantuan Gelandangan” anjuran bersama Perkumpulan Anak-Anak Melaka (PURNAMA) dan Perkumpulan Mahasiswa/i Anak Negeri Sembilan (PEMANIS), Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan satu usaha murni para pelajar USM menyantuni gelandangan.

Diadakan di Terminal Bas Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta untuk beramah mesra dan berkongsi rezeki bersama golongan gelandangan di samping membantu mereka yang memerlukan.

cca050b1 af04 40e9 9da4 e3a2020d8f7e

Pengarah Projek Salvation For Homeless, Ahmad Irshad Rostani berkata, melalui cara ini, para peserta dapat mempraktikkan ilmu berkomunikasi di dalam suasana yang mencabar kerana golongan gelandangan sering mendapat stigma yang negatif daripada segelintir masyarakat.

“Saya juga berharap program ini akan dapat memupuk semangat pelajar dalam aktiviti kesukarelawanan.

“Kami akan mengagihkan makanan dan kit keperluan kepada golongan yang sering terpinggir ini, antaranya perkakas mandian, bihun goreng, roti, biskut dan air,” ujarnya.

Turut hadir memberi sokongan kepada misi ini ialah Pengarah Pusat Rancangan Kokurikulum USM, Profesor Madya Dr. Mohamad Hafiz Mohamad Kasim merangkap Penasihat PURNAMA.

3cb87bf8 d838 443a b5ff 5932b85448d9

Program yang dimulakan seawal jam 12 tengah malam hari ini, tamat pada jam 2 pagi.

Teks: Muhammad Haziq Aqmar Amril Nurman (Intern@MPRC)/Foto: Shahnizam Ab Rahim

  • Created on .
  • Hits: 719

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024