USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENUTUP 4K1S CAPAI OBJEKTIF, 2,000 MAHASISWA USM SERLAH BAKAT KEUSAHAWANAN, SENI, BUDAYA DAN SUKAN

WhatsApp Image 2023 06 22 at 10.42.18 PM WhatsApp Image 2023 06 22 at 10.42.17 PM1
WhatsApp Image 2023 06 22 at 10.42.17 PM WhatsApp Image 2023 06 22 at 10.42.16 PM1

PULAU PINANG, 22 Jun 2023 – Karnival Keusahawanan, Kelestarian, Kebudayaan dan Sukan (4K1S) Universiti Sains Malaysia tahun 2023 melabuhkan tirainya pada hari ini, dilihat berjaya mencapai matlamat dengan penglibatan lebih 2,000 orang mahasiswa mempamerkan pelbagai disiplin keusahawanan, seni, budaya dan sukan.

Pada penutup Karnival 4K1S anjuran Pusat Rancangan Kokurikulum USM yang berlangsung selama empat hari bermula 19 - 22 Jun 2023 di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), USM, warga kampus dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian, tarian kebudayaan dan seni mempertahankan diri oleh mahasiswa pelbagai bangsa dan etnik.

Bercakap di majlis penutup karnival tersebut, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti dan Kelestarian Institusi, USM, yang turut Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, USM, Prof. Dr. Azlan Amran berkata, USM sentiasa menyokong apa juga program yang memberi manfaat kepada mahasiswa terutamanya dorongan secara aktif dalam kegiatan keusahawanan, kebudayaan, kelestarian dan sukan.

WhatsApp Image 2023 06 22 at 10.42.18 PM1

"Bertepatan dengan tema 4K1S kali ini iaitu “Komuniti Berjaya, Komuniti Berbudaya”, matlamat utama karnival ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar USM supaya mampu berdaya saing dan memupuk sikap melestarikan kebudayaan dan keusahawanan dalam kehidupan seharian," ucap Azlan ketika mewakili Naib Canselor USM merasmikan majlis penutup 4K1S tahun 2023 di DTSP, USM.

Tambah beliau lagi, tema 4K1S tersebut itu yang bertepatan dengan misi dan visi universiti diharap dapat membantu mahasiswa menyesuaikan matlamat yang ingin dicapai dengan matlamat utamanya yang mahukan pelajar USM mampu menjadi HEBAT, iaitu ‘Holistic, Entrepreneurial, Balanced, Articulate, and Thinking’.

Selain itu, beliau turut menggesa mahasiswa-mahasiswa USM tidak hanya sekadar berada di kampus hanya untuk memperoleh kejayaan akademik semata-mata, malah berupaya merebut peluang yang disediakan universiti untuk turut melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan keusahawanan, kebudayaan, kelestarian dan sukan.

WhatsApp Image 2023 06 22 at 10.42.15 PM

Yang turut hadir ke majlis adalah Pengarah Pusat Rancangan Kokurikulum USM, Profesor Madya Dr. Mohamad Haafiz Mohamad Kassim; Pengarah Projek Karnival Keusahawanan, Kelestarian, Kebudayaan dan Sukan 2023, Nur Nabila Normiza Shahman; serta barisan Pengerusi-pengerusi Rancangan Kokurikulum USM.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 947

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024