USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM METERAI MoU KERJASAMA DENGAN AASTMT, MESIR

354996657 664496485717104 5336717255434909582 n

KAHERAH, MESIR, 19 Jun 2023 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus melebarkan sayap kerjasama antarabangsa apabila menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama 'Arab Academy for Science, Technology and Maritime Transport' (AASTMT) di Smart Village, di sini, hari ini.

MoU itu ditandatangani Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed bagi pihak USM dan AASTMT pula diwakili oleh Dekan, Program Antarabangsa, Profesor Dr. Meer Hamza.

AASTMT merupakan universiti serantau yang beroperasi di bawah naungan 22 negara-negara Arab (The Arab League) yang mempunyai reputasi besar dalam pelbagai bidang berkaitan pendidikan pada peringkat Ijazah Sarjana Muda serta pasca siswazah termasuk bidang Pengurusan dan Perniagaan, Kejuruteraan, Sains dan Teknologi, Maritim serta Perubatan.

355007838 664496479050438 4484445397497632926 n

AASTMT menitikberatkan teras 'Sustainable Development Goals' (SDG) melalui pendidikan, pembangunan, penyelidikan saintifik serta khidmat komuniti.

Menurut Abdul Rahman, USM sebagai gedung ilmu perlu sentiasa fleksibel dan meneroka kerjasama baharu supaya ilmu pengetahuan dan kemahiran terus berkembang.

354958435 664496612383758 7130056784945306033 n

"Kekuatan serta pencapaian AASTMT dalam pelbagai disiplin mendorong USM untuk menjalin kerjasama akademik dalam beberapa bidang yang telah dikenal pasti termasuk pengurusan serta kejuruteraan," katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Duta Malaysia ke Mesir, Zamani Ismail; Dekan, Pusat Pengajian Pengurusan, USM, Profesor Dr. Noor Hazlina Ahmad; Dekan, Institut Pengajian Siswazah, USM, Profesor Dr. Azlan Abdul Aziz; dan Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Pengurusan Akademik, USM, Ramli Osman.

Teks & Foto: Amyrulhan Azhari

  • Created on .
  • Hits: 489

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024