USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

FFAM 2023 TONJOL BAKAT DAN KARYA KREATIF ANAK MUDA; USM NAIB JOHAN FFAM 2023

be52c739 18ad 48a9 a5df 3ba5ffb20c77

USM PULAU PINANG, 18 Jun 2023 - Karya Langit Cerah Production, Universiti Sains Malaysia (USM) malam ini telah muncul sebagai Naib Johan keseluruhan Festival Filem Anak Muda 2023 (FFAM) bagi filem pendek bertajuk Pidato Jasmin untuk Amir di Malam Anugerah FFAM 2023, yang mana anugerah ini adalah untuk meraikan penyertaan karya-karya filem pendek yang telah dihasilkan anjuran Sekretariat Protégé USM.

Berlangsung di Auditorium Dewan Budaya USM, program ini bertujuan untuk mengasah bakat serta memberikan ruang kepada anak-anak muda dalam mengetengahkan kemahiran mereka dalam bidang perfileman dan pengarahan.

Selain itu, Langit Cerah Production turut meraih Anugerah Skrip Terbaik bagi filem pendek yang sama dan Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik jatuh kepada filem pendek berjudul Amarah yang dilakonkan oleh Azrul produksi Kelanggar Production USM.

c9df08f0 1eb1 47cf beb7 81f7e1f2c750

Bertemakan konsep ‘Kebangkitan’, uniknya pertandingan ini adalah untuk meraikan semua peserta yang bertanding, yang mana para peserta membuktikan bahawa mereka bukan sahaja berbakat dalam bidang pembelajaran tetapi juga dalam bidang perfileman dan pengarahan.

Menurut Ketua Juri FFAM 2023, Mohd Ghazali Abu Bakar atau dikenali sebagai Ghaz Abu Bakar yang juga merupakan pengarah filem, televisyen dan video muzik Malaysia, festival filem yang dianjurkan oleh sekretariat ini adalah satu platform yang perlu diketengahkan dalam kalangan mahasiswa/i, yang mana pertandingan seperti ini akan memberikan inspirasi kepada mereka yang lain di masa hadapan.

“Ingin saya memberikan kata-kata semangat iaitu mereka yang menjuarai pertandingan ini sebenarnya akan memberi semangat kepada mereka yang tidak menang untuk terus berkarya dan menjadi seorang film maker yang terbaik di masa akan datang,” tambah Mohd Ghazali.

e004ee52 90ca 4cdd a83c 65fac72e0c53

10928ec9 8370 48a5 9fec d253576eb983

Acara yang gilang-gemilang itu turut menampilkan persembahan menarik daripada kumpulan pemuzik dari Dewan Budaya, influencer terkenal Luqman Podolski, dan diserikan dengan alunan suara Andy Siti Nurhidayah Rahim bersama ahli Sekretariat Protégé yang lain.

Lebih 400 penonton membanjiri dewan dan mengalami kemeriahan malam anugerah tersebut.

Hadir sama menyerikan majlis pada malam ini adalah Pengarah Dewan Budaya USM, Ramnah Ramli; Perancang Bahasa Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Rusdi Abd Rahman; Ketua Cawangan Canon Pulau Pinang, Canon Marketing Malaysia, Daren Tan; Penasihat Sekretariat Protege USM, Andy Siti Nurhidayah Rahim; Presiden Sekretariat Protege merangkap Pengarah Program FFAM 2023, Syamim Najwa Mohd Fani; pegawai-pegawai utama USM, serta juri-juri jemputan yang terdiri daripada pengarah dan penerbit terkenal Malaysia, Syed Hussein Syed Mustafa Al-Qudsy atau dikenali sebagai Sein Qudsi dan Al Jafree Md Yusof.

3025b24b f0bc 420c 99ab 097ecb9cd8ab

FFAM 2023 telah masuk tahun kedua penganjurannya yang disertai oleh para mahasiswa/i daripada 6 buah institusi pengajian tinggi (IPT), yang mana sebanyak 19 penyertaan diterima untuk bertanding bagi merebut kejuaraan pertandingan ini.

Program seperti ini telah membuka ruang dan peluang kepada bakat baru dalam kalangan anak muda untuk berkarya dan menterjemahkan secara praktikal apa yang dipelajari secara teoretikal.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 776

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024