USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM CEMERLANG ANJUR SUKAN SUKSIS ZON UTARA EDISI KE-11

355029412 664158689084217 4987494926466234415 n

USM PULAU PINANG, 18 Jun 2023 - Majlis Penutupan Kejohanan Sukan SUKSIS Zon Utara (SUTRA) edisi ke-11 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini di Stadium Olahraga Universiti Sains Malaysia (USM).

Kejohanan SUTRA ini melibatkan lima buah Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) Zon Utara iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang dan USM.

Sepanjang 3 hari berlangsungnya kejohanan ini, sebanyak sembilan acara telah dipertandingkan iaitu futsal, badminton, iron man dan iron lady, bola sepak, bola tampar, sepak takraw, petanque, bola jaring, serta acara balapan.

354984318 664158399084246 1797055721718649123 n

Hadir bagi merasmikan acara penutupan kejohanan ini ialah Yang Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Profesor Dr. Azlan Amran.

Menurut beliau, pelaksanaan program SUTRA ini bukan sahaja dapat melahirkan mahasiswa dan insan yang berintelektual, tetapi juga bersahsiah tinggi, berdisiplin, berkemahiran dan aktif.

“Saya sangat berbangga dengan usaha yang telah dilakukan oleh pihak KOR SUKSIS USM untuk mengumpulkan 5 buah IPT dalam satu acara sukan,” jelasnya di hadapan lebih 300 peserta.

Sementara itu, Kejohanan SUTRA pada kali ini telah menyaksikan Johan Keseluruhan SUTRA edisi kali ini telah dimenangi oleh UPSI dengan pungutan pingat sebanyak 10 Emas, 6 Perak dan 5 Gangsa.

Hadir sama dalam Majlis Penutup ini adalah Timbalan Komandan Kor SUKSIS USM, Supt/KS Profesor Madya Dr. Nazaruddin Zainun; Timbalan Komandan Kor SUKSIS UniMAP, Supt/Ks Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Muzamil Jusoh; Pegawai Anjutan Kor SUKSIS USM, Dsp/Ks Zulkifli Che Hussin; Pemangku Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi USM, Encik Nasrullah Mohammed Farouk; Pengarah Projek SUTRA edisi ke-11; Jennifer Thien Seww Ying; pegawai-pegawai kehormat; pegawai-pegawai penyelaras Kor SUKSIS UA; pegawai-pegawai kanan PDRM dan para jurulatih.

Teks: Siti Fatimah Abu Mansor/Foto: Shahnizam Ab Rahim

  • Created on .
  • Hits: 523

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024