USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENERBIT USM MENANG KATEGORI ANUGERAH BUKU PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI DI ANUGERAH BUKU MALAYSIA KE-2

PentasABM

PULAU PINANG, 10 Jun 2023 – Buku terbitan Penerbit USM bertajuk Rawatan Alternatif untuk Kanak-Kanak Autistik telah dinobatkan sebagai pemenang kategori Anugerah Buku Pendidikan Pengajian Tinggi di Anugerah Buku Malaysia ke-2 yang telah diadakan pada 31 Mei 2023 bersempena dengan penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (PBAKL 2023).

Buku ini ditulis oleh Dr. Norfishah Mat Rabi yang merupakan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pasukan kerja yang terlibat dalam penerbitan buku ini ialah Alimie Liman (editor naskhah), Rosni Habib (pembaca pruf), Nor Asnida Zubir (pengatur huruf) dan Mohd Ridhwan Jaapar (pereka).

PialaABM

Tiga lagi judul buku terbitan Penerbit USM yang berjaya memasuki peringkat akhir Anugerah Buku Malaysia ke-2, iaitu Hang Tuah di Lautan Ceritera dalam kategori Anugerah Buku Bukan Fiksyen (Bahasa Melayu) dan Kesultanan Melayu Melaka: Warisan, Tradisi dan Persejarahan serta Ketum: Perubatan Moden dan Perubatan Islam yang masing-masing dicalonkan dalam kategori Anugerah Buku Pendidikan Pengajian Tinggi.

Judul-judul tersebut boleh diperoleh di kedai buku rasmi Penerbit USM, Emdash Bookstore atau laman e-dagang rasmi Penerbit USM, Emdash.my .

Teks: Mohd Zaidi Abdullah (Penerbit USM)/Suntingan: Tan Ewe Hoe

  • Created on .
  • Hits: 485

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024