USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PPAG USM TERIMA LAWATAN RASMI DARIPADA TKM II PULAU PINANG

WhatsApp Image 2023 06 13 at 7.43.07 AM

USM PULAU PINANG, 11 Jun 2023 - Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini telah menerima lawatan daripada Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Profesor Dr. Ramasamy Palanisamy yang bertujuan untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan penemuan dan penyelidikan arkeologi di Malaysia.

Menurut Ramasamy, beberapa penemuan baru ditempatkan sementara di USM sementara menunggu galeri warisan siap.

Ramasamy mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak USM di atas kesudian untuk bekerjasama dan juga mengalu-alukan kerjasama lain pada masa akan datang.

Sementara itu, Pengarah PPAG, Profesor Dr. Stephen Chia membentangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan PPAG USM kepada Ramasamy.

Dalam sesi pembentangan itu, Stephen memberikan gambaran keseluruhan tentang perkembangan dan pencapaian terkini PPAG serta memberikan sejarah perincian tentang projek PPAG USM di Pulau Pinang.

Beliau juga berkongsi tentang penyelidikan manusia purba yang dijalankan di PPAG.

Ramasamy kemudiannya dibawa untuk melawat Makmal Sains Arkeologi 1 & 2 yang merupakan makmal pencirian bahan bumi; makmal analisis litik, tanah dan palinologi; serta makmal konservasi arkeologi.

Hadir sama pada lawatan tersebut ialah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Dr. Habibah A. Wahab.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Mohd Fairus Md Isa & PPAG

  • Created on .
  • Hits: 457

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024