USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

WARGA USM TERHIBUR DI KONSERT HAEL HUSAINI BINTANG TOUR 2023

USM, PULAU PINANG, 10 Jun 2023 - Konsert luar biasa Hael Husaini yang merupakan anjuran Rancangan Khidmat Komuniti (RKK) di bawah Pusat Rancangan Kokurikulum, Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Dewan Budaya, USM telah berlangsung pada 10 Jun 2023 (Sabtu), 8.00 malam di Dewan Tuanku Syed Putra, USM.

May be an image of 3 people

Hael telah menyanyikan beberapa lagu hit beliau seperti Bintang, Jampi, Hajat, Hati, Hari Ini dan Haram.

May be an image of 6 people, lighting and saxophone

Turut hadir menyaksikan persembahan memukau ini ialah Prof. Dr. Azlan Amran, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat dan Kelestarian Institusi USM dan Pengarah Dewan Budaya, Puan Ramnah Ramli.

May be an image of 4 people and people studying

Antara tetamu istimewa yang turut membuat persembahan bersama Hael ialah Neeta Manis, ChronicalZ dan Azhar Osman.

Rakan-rakan selebriti yang turut hadir adalah Nabila Razali, Amira Othman, Syamel dan Ernie, Zaki Amani, Rizman Ruzaini, Aman Aziz dan Dotty.

May be an image of 5 people and text

Penonton jelas terhibur dengan persembahan hebat dan memukau yang dipersembahkan beliau.

Teks & Foto: Fatin Farhana Hazenan & Faizal Ashraf Ali

  • Created on .
  • Hits: 407

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024