USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BADAN BERUNIFORM PEMANGKIN MOMENTUM KECEMERLANGAN MAHASISWA

WhatsApp Image 2023 06 10 at 7.48.30 PM

USM PULAU PINANG, 10 Jun 2023 – "Aktiviti badan beruniform dapat membentuk sahsiah mahasiswa ke arah lebih berdisiplin, berkeyakinan dan berintegrasi dalam memangkin momentum kecemerlangan mahasiswa," demikian antara intipati ucapan Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed sewaktu merasmikan Hari Perbarisan Pembukaan Latihan Badan Beruniform USM, hari ini.

Abdul Rahman turut menyeru siswa-siswi yang melibatkan diri dengan badan beruniform untuk sentiasa memelihara integriti dan nama baik USM pada setiap masa.

“Silaturrahim serta kerjasama erat yang dipamerkan dalam latihan serta gerak kerja setiap pasukan beruniform secara tidak langsung sedang mempersiapkan siswa-siswi dengan ilmu dan pendedahan tambahan yang bernilai selain pencapaian akademik sebelum bergraduasi daripada USM,” tambah beliau.

WhatsApp Image 2023 06 10 at 7.48.33 PM

Abdul Rahman turut memuji semua pihak yang terlibat dalam persiapan dan penganjuran Hari Perbarisan Pembukaan Latihan Badan Beruniform 2023 serta menggesa semangat sama ditonjolkan dalam setiap perancangan dan pelaksanaan segala aktiviti di USM.

WhatsApp Image 2023 06 10 at 7.48.33 PM 1

Perbarisan ini disertai oleh kesemua enam (6) badan beruniform di bawah kendalian Pusat Rancangan Kokurikulum USM yang terdiri daripada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Darat dan Laut, Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (SISPA), Kor Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (SUKSIS), Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia Universiti Sains Malaysia (BSMMUSM) dan Pasukan St. John Ambulance (ST. JOHN).

WhatsApp Image 2023 06 10 at 7.48.32 PM 1

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi yang turut menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr. Habibah A Wahab; Pengarah Pusat Rancangan Kokurikulum, Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Profesor Madya Dr. Mohamad Haafiz Mohamad Kassim; dan Yang DiPertua Kor SISPA merangkap Pengarah Projek Hari Perbarisan Pembukaan Latihan Badan Beruniform 2023, Muhammad Ersad Tengku Mazzlan.

Teks: Amyrulhan Azhari/Foto: Shahnizam Ab. Rahim

  • Created on .
  • Hits: 830

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024