USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN PERTINGKAT SAHSIAH MAHASISWA MENERUSI SUKAN

USM PULAU PINANG, 10 Jun 2023 – Temasya Olahraga Tahunan (TOT) Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan salah satu acara sukan tahunan yang terbesar dianjurkan oleh universiti.

Selari dengan teras Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (APEX) universiti, TOT juga dilihat mampu menjadi salah satu inisiatif universiti dalam membangunkan sahsiah diri mahasiswa dengan melatih jati diri dan mendidik para pelajar membina kemahiran insaniah.

Selain itu, ia juga dapat memberi kredit kepada mahasiswa dalam usaha memenuhi keperluan bakal majikan masa hadapan melalui kemahiran yang ditimba dan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran graduan USM.

May be an image of 2 people, crowd and text

Naib Canselor USM, Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed hadir merasmikan TOT ke-46 semalam menyeru Pusat Sukan dan Rekreasi untuk mengukuhkan jalinan kolaborasi dengan institusi dan persatuan di seluruh negara bagi menjana pengetahuan, kemahiran, kewangan dan kemampanan program pengurusan sukan di peringkat global.

May be an image of 4 people and text

“Melalui pendekatan ini juga, ia dapat meminimakan kebergantungan temasya itu kepada pengurusan kewangan universiti dan prestasi sukan olahraga bertambah gah sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa,” kata beliau.

Naib Canselor turut mengumumkan bahawa USM baru-baru ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk kerja-kerja pembaikan taraf trek olahraga USM dan mengharapkan TOT ke-47 tahun hadapan lebih hebat dan meriah menggunakan trek olahraga yang baharu.

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan Tinggi, Dato' Dr. Pekan Ramli; Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat dan Kelestarian Institusi yang turut menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Profesor Dr. Azlan Amran; Pemangku Pengarah, Pusat Sukan dan Rekreasi  USM, Nasrullah Mohamed Farouk; Pengerusi Jawatankuasa Pengelola TOT ke-46  USM, Muhammad Aidil Syahmi Hamidi; serta Ahli-ahli Jawatankuasa Pengelola TOT ke-46 USM.

Teks: Siti Sri Mas Ismail/Foto: Shahnizam Ab Rahim

  • Created on .
  • Hits: 388

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024