USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BERPELUANG UNTUK MERASAI KEBUDAYAAN JEPUN

USM PULAU PINANG, 8 Jun 2023 - Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini telah berpeluang untuk merasai salah satu budaya negara matahari terbit Jepun melalui Bengkel Urasenke Japanese Tea Ceremony.

Mungkin imej 3 orang, orang mempersembangkan seni pertahankan diri dan teks

Program yang berlangsung di Academic Lounge, Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) USM itu merupakan program anjuran Pusat Kebudayaan Jepun, KUFS-USM dengan kolaborasi bersama Penang Japanese Association buat julung kalinya.

Mungkin imej 7 orang, orang mempersembangkan seni pertahankan diri, sushi dan teks

Menurut Penolong Pendaftar KUFS-USM, Shafinaz Md Ismail yang juga merupakan penganjur bengkel berkata, bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada staf dan pelajar USM tentang gabungan seni dan estetika dalam upacara tea ceremony dari negara Jepun.

Tiga sesi telah dibahagikan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar yang berminat selain untuk memastikan majlis berjalan dengan lebih lancar kerana setiap sesi yang telah ditetapkan akan mengambil masa selama 45 minit.

Mungkin imej 2 orang dan tudung kepala

Perincian setiap sesi melibatkan perkara-perkara seperti pengenalan kepada ‘tea ceremony’, demonstrasi pembuatan teh, pemberian manisan dan teh kepada semua peserta serta berpeluang untuk membuat teh.

Mungkin imej pembuat teh

Mungkin imej 1 orang dan mempersembangkan seni pertahankan diri

25 orang peserta terlibat untuk setiap sesi dan 5 orang yang bertuah berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman membuat teh Jepun, urusetia yang terlibat sepanjang perjalanan program adalah daripada pelajar Pusat Kebudayaan Jepun dan Penang Japanese Association sendiri.

Teks: Muhammad Haziq Aqmar Amril Nurman (Intern@MPRC)/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 327

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024