PBT USM ANJUR PROGRAM CAKNA ISU-ISU SEMASA
USM PULAU PINANG, 31 Mei 2023 – Unit Perbincangan, Persatuan Bahasa Tionghua (PBT) Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini telah menganjurkan Program Malam Mesra di Dewan Pembangunan Siswa (DPS) 1, USM pada 28 Mei yang lalu.
Program ini telah berjaya menarik penyertaan 300 orang mahasiswa/i USM.
Tujuan utama diadakan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiwa/i USM tentang isu-isu semasa, dengan melatih dan memberi pendedahan dalam konteks memperluaskan ilmu melalui perbincangan dan analisa dalam membuat rumusan untuk menyelesaikan apa jua masalah.
Secara tidak langsung, program seperti ini dapat diselaraskan dalam kalangan mahasiswa/i melalui elemen Balanced dalam agenda HEBAT.
Hadir bagi merasmikan program adalah Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong.
Ka Siong dalam ucapan perasmiannya berkata, program ini secara tidak langsung dapat membuka mata dan melahirkan mahasiswa/i yang peka dan cakna berkenaan isu-isu semasa.
“Mahasiswa/i yang matang adalah harapan dan modal insan negara pada masa akan datang”, katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua PBT USM, Choo Xuan Ping merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tetamu kehormat kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri serta menyokong program-program anjuran PBT USM.
Menurut Pengarah Projek, Cheong Guo Bin pula dalam ucapannya, dia bangga dengan komitmen dan pengorbanan setiap ahli jawatankuasa PBT yang terlibat dalam menjayakan program ini dalam menyediakan platform pemahaman isu semasa kepada mahasiswa/i.
Program turut memuatkan sesi forum dan soal jawab isu-isu semasa yang merangkumi isu alam sekitar, pendidikan, hubungan serantau dan isu-isu semasa yang lain.
Para peserta meneruskan program di Pantai Tanjung Bungah pada sebelah petang untuk sesi pembersihan pantai dan berkelah serta membincangkan isu-isu alam sekitar.
Hadir sama pada majlis ialah Pengarah Pusat Pembangunan Bakat (TDC), Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA), Zulkifli Che Husin.
Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: NirMaryadi Rashid (BHEPA)
- Created on .
- Hits: 522