USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR USM TITIP KATA-KATA SEMANGAT KEPADA PELAJAR PRA-UNIVERSITI

WhatsApp Image 2023 05 31 at 7.17.36 PM

KUALA NERANG, KEDAH, 31 Mei 2023 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, hari ini meluangkan masa meraikan para pelajar Program Pra-Universiti USM dalam Majlis Apresiasi Keputusan Semester I, Sidang Akademik 2022/2023 di Kolej MARA Kuala Nerang (KMKN).

Beliau menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pelajar atas pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan yang lalu. Lebih membanggakan, seramai 33 daripada 43 pelajar berjaya mendapat PNGK 4.00.

WhatsApp Image 2023 05 31 at 7.17.38 PM

Abdul Rahman turut menitipkan kata-kata semangat agar para pelajar berusaha bersungguh-sungguh dan gigih demi mencapai kejayaan serta mengekalkan keputusan yang diperoleh untuk semester akan datang.

Beliau turut menyeru para pelajar melipatgandakan usaha untuk Peperiksaan Semester 2 yang bakal bermula 11 Jun nanti.

“Setiap perjalanan mencapai kejayaan yang cemerlang pasti ada cabaran dan ujian yang memerlukan kekuatan fizikal, mental dan rohani,” pesannya.

Abdul Rahman turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua tenaga pengajar dan kakitangan KMKN atas bimbingan, komitmen serta dedikasi mereka mendidik para pelajar di samping mengharapkan kerjasama antara KMKN dan USM berterusan lagi pada masa akan datang.

WhatsApp Image 2023 05 31 at 7.17.39 PM

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah KMKN, Hajah Ani Mardiah Azmin; Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik, KMKN, Mohd Ali Hanafiah Othman; Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian Pengurusan Akademik, USM, Haji Ramli Osman; dan Penyelaras Program Pra-Universiti USM, Profesor Madya Dr. Mohd Rizal Razali.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 310

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024