USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM-LZNK BEKERJASAMA SEMARAKKAN AGENDA APEX

WhatsApp Image 2023 05 31 at 12.44.46 PM

SAINS@ALOR SETAR, 31 Mei 2023 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed hari ini hadir meluangkan masa mengadakan lawatan rasmi dan sulung ke Sains@Alor Setar untuk melakukan tinjauan berkaitan konsep universiti dalam sekolah bagi menyemarakkan agenda APEX melalui kerjasama strategik USM-LZNK (Lembaga Zakat Negeri Kedah).

Konsep ini menekankan pembangunan kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, kerjasama, pemikiran kreatif, penyelesaian masalah dan literasi digital.

Antara inisiatif strategik bagi merealisasikan konsep ini ialah:

i. Inisiatif pemerkasaan penguasaan Bahasa Inggeris dengan menggunakan modul TOEFL.
ii. Inisiatif kecemerlangan bakat bagi meningkatkan potensi pelajar asnaf.
iii. Inisiatif penyelidikan Kelestarian
Komuniti Asnaf dengan menyumbang kepakaran penyelidikan untuk kelestarian & kemakmuran komuniti asnaf.
iv. Inisiatif latihan kelestarian dengan menyumbang kepakaran akademik dan professional dalam latihan, berkaitan kelestarian industri dan komuniti.
v. Inisiatif Pembangunan Akademik Strategik dengan memperkukuh kurikulum pengajian kelestarian melalui potensi kerjasama "Dual-degree" USM-UNISHAM (Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah)

Fokus pembangunan bakat kolej ini adalah pemerkasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar bagi melahirkannkodal insan yang berkemahiran dan berpengetahuan luas.

WhatsApp Image 2023 05 31 at 12.44.43 PM

Pada sesi lawatan tersebut, Abdul Rahman sempat beramah mesra bersama pelajar sekolah Kolej Agama Sultan Abdul Halim tingkatan 5 dan mengunjungi tapak-tapak di Kampus Sains@Alor Setar.

Di akhir lawatan, Abdul Rahman memberikan beberapa cadangan kepada pihak Sains@Alor Setar untuk meneruskan kerjasama strategik ini bersama LZNK dan beliau turut berterima kasih kepada LZNK kerana membantu pihak USM untuk menyemarakkan lagi agenda APEX.

WhatsApp Image 2023 05 31 at 12.44.45 PM

Hadir sama pada sesi lawatan mengiringi Abdul Rahman adalah Timbalan Pendaftar Bahagian Pengambilan Akademik, Ramli Osman; Pengarah Urusan Kumpulan USAINS Holding Sdn. Bhd., Encik Farid Wajidi Mat Yusoff; Ketua Pegawai Kewangan, LZNK, Hartini Haliza; Penyelaras Pra-Universiti, Profesor Madya Dr. Mohd Rizal Razali dan pegawai-pegawai utama USM dan USAINS Holding Sdn. Bhd.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/ Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 486

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024