USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

CITY, UNIVERSITY OF LONDON KONGSI KEPAKARAN BIDANG KEJURUTERAAN BIOMEDIKAL

WhatsApp Image 2023 05 31 at 12.36.05 PM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 Mei 2023 – Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini menerima kunjungan wakil dari City, University of London, Dr. Meha Qassem bagi berkongsi kepakaran dan pandangan dalam penyelidikan khususnya bidang Kejuruteraan Biomedikal.

Dr. Meha yang juga Pengarah Kejuruteraan Biomedikal dan Kesihatan Program Prasiswazah turut berkongsi mengenai beberapa penyelidikannya yang menggunakan kemahiran alatan dalam bidang kejuruteraan biomedikal kepada wakil-wakil Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Kampus Kesihatan yang hadir.

WhatsApp Image 2023 05 31 at 12.37.41 PM

Ketibaan Dr. Meha disambut oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin yang turut memberi ucapan aluan dan pengenalan USM.

Potensi kerjasama yang boleh dijalankan antara kedua-dua universiti ialah di dalam bidang sensor optikal untuk aplikasi perubatan dan kesihatan menerusi Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) dan Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM).

WhatsApp Image 2023 05 31 at 12.37.03 PM

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pengarah INFORMM, Profesor Madya Dr. Aziah Ismail; Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa) PPSP, Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin; Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) PPSP, Profesor Madya Dr. Asrenee Ab. Razak; dan Timbalan Dekan (USM-KLE), PPSP, Profesor Madya Dr. Nik Ahmad Zuky Nik Lah.

  • Created on .
  • Hits: 235

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024