USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

AYUH GOTONG-ROYONG ‘CARI DAN MUSNAH’ TEMPAT PEMBIAKAN DENGGI!

USM PULAU PINANG, 29 Mei 2023 – Pusat Pengurusan Bencana (Nerve Centre), Bahagian Jaringan Industri, Masyarakat dan Kelestarian Institusi, Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan Gotong-Royong Perdana peringkat USM yang bertemakan ‘cari dan musnah’ tempat pembiakan denggi.

Gotong-Royong Perdana USM akan dijalankan pada 31 Mei 2023 (Rabu), 3.00 hingga 5.00 petang di sekitar kawasan Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing terutama sekali di kawasan pembuangan sampah dan bahan binaan terbiar.

Penganjuran Gotong-Royong Perdana ini adalah berikutan daripada seruan Pusat Sejahtera USM berkenaan dengan ancaman wabak denggi yang dikhuatiri akan merebak di kawasan USM yang lain pada masa akan datang.

Oleh yang demikian, diharapkan setiap PTJ dapat bersama-sama memberikan sokongan kepada Gotong-Royong Perdana ini dan melakukan persiapan yang sewajarnya sebelum memulakan gotong-royong.

Semoga penganjuran gotong-royong ini dapat mencapai objektifnya iaitu mewujudkan persekitaran USM yang bebas sampah dan denggi.

Peringatan: Sampah yang dikumpulkan perlu diletakkan di tempat pembuangan sampah menggunakan plastik bewarna hitam, bagi memudahkan urusan pengutipan sampah.

Disertakan poster penganjuran Gotong-Royong Perdana USM dan poster tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes keluaran Pusat Sejahtera untuk rujukan setiap PTJ sebagai persediaan sebelum menjalankan aktiviti gotong-royong.

image001

Sumber teks dan poster: Hebahan Pusat Pengurusan Bencana (Nerve Centre), USM/Olahan:  Muhammad Haziq Aqmar Amril Nurman (Intern@MPRC)

  • Created on .
  • Hits: 529

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024