USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PBT USM ANJUR PERTANDINGAN FOTOGRAFI PERINGKAT KEBANGSAAN; RANGKUL 3 ANUGERAH TERBAIK

May be an image of 7 people, people smiling, heart and text

USM PULAU PINANG, 29 Mei 2023 – Unit Penerbitan Persatuan Bahasa Tionghua (PBT) Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Anugerah Pertandingan Fotografi USM kali ke-5 peringkat kebangsaan di Dewan Kuliah A, USM pada 27 Mei yang lalu.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, pertandingan pada kali ini telah meluaskan penyertaannya kepada semua mahasiswa/i institut pengajian tinggi (IPT) termasuk kolej dan pra-universiti di seluruh Semenanjung Malaysia, dan pertandingan ini telah menerima lebih daripada 300 karya daripada peserta yang bertanding.

Bertemakan ‘Light Seekeres’, pertandingan tersebut bertujuan untuk meningkatkan tahap fotografi mahasiswa/i dan menyediakan platform kepada mereka yang berminat dalam bidang fotografi untuk menunjukkan bakat mereka.

Menurut Yang Dipertua PBT, Choo Xuan Ping, pertandingan seperti ini dapat menggalakkan pembentukan modal insan bersahsiah yang holistik dan seimbang.

“PBT USM akan terus bergiat aktif dalam menganjurkan program-program yang berimpak tinggi pada masa akan datang,” kata Choo.

Juri bagi pertandingan fotografi ini terdiri daripada ahli profesional seni foto seperti Pengasas James Production, James Tan; Presiden Kelab Pertubuhan Senifoto Pulau Pinang, Terry Tan; dan jurugambar pengiktirafan Xiaomi dan Vivo, Kenji Ooi.

Seramai 15 peserta menerima anugerah bagi pelbagai kategori iaitu kategori bangunan, kategori karakter, kategori pemandangan dan anugerah populariti.

May be an image of 12 people and text

Antara kategori yang dimenangi USM ialah:

Kategori Bangunan

  • Tempat Pertama - Chan Zhao Ming (Tahun 4, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik)
  • Tempat Kedua - Chen Ke (Tahun 1, Pusat Pengajian Seni)
  • Tempat Ketiga - Cheah Zhi Wei (Tahun 2, Pusat Pengajian Komunikasi)

Kategori Pemandangan

  • Tempat Pertama - Chen Ke (Tahun 1, Pusat Pengajian Seni)

Anugerah Populariti

  • Tan Ying Rhui (Tahun 2, Pusat Pengajian Seni)
  • Tan Yijoe (Tahun 3, Pusat Pengajian Sains Komputer)

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: NirMaryadi Rashid (BHEPA)

  • Created on .
  • Hits: 510

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024