USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MAIN-MAIN: PAMERAN YANG MENAMPILKAN KEMERIAHAN PERMAINAN TRADISIONAL

May be an image of 2 people and chess

USM PULAU PINANG, 24 Mei 2023 – Seperti yang kita tahu, permainan tradisional merupakan permainan analog tanpa elektrik dan internet, yang mana ia diperkenalkan pada zaman nenek moyang dan mempunyai sejarah yang panjang dan hubungan yang rapat dengan masyarakat setempat.

Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) Universiti Sains Malaysia (USM) telah membawa kita mengimbas kembali kemeriahan permainan tradisional yang semakin dilupakan oleh generasi muda masa kini melalui pameran yang diberi nama MAIN-MAIN.

WhatsApp Image 2023 05 31 at 2.56.54 PM

Pameran Main-Main yang telah bermula pada bulan Mac 2023 yang lalu, akan melanjutkan pamerannya sehingga 27 Mei 2023 di ruang galeri utama MGTF USM yang mempamerkan pelbagai jenis permainan tradisional di zaman dulu.

Pameran ini yang terbuka kepada orang ramai terutamanya penduduk Pulau Pinang bertujuan untuk melihat reaksi generasi Alpha ketika bermain permainan tradisional.

WhatsApp Image 2023 05 31 at 2.56.56 PM

Dapat dilihat ibu bapa yang hadir bersama anak-anak gembira bermain bersama dan mengajar permainan tradisional yang pernah dimainkan oleh mereka semasa zaman kanak-kanak dahulu kepada anak-anak.

Pengunjung juga berpeluang untuk bermain permainan tersebut, antaranya adalah catur, lompat getah, gasing, layang-layang, paper fortune, ninja (kain pelikat), eraser fight, bola kertas, sorong tin, batu Seremban, congkak, bingo, SOS, teka huruf, yoyo, dart, tuju tin, caplom, lastik cicak, teka-teki dan pelbagai lagi.

Turut ditayangkan ialah siri animasi kanak-kanak dan turut dimainkan ialah nyanyian lagu zaman kanak-kanak di MGTF USM.

May be an image of 2 people, television and text

Menariknya pada pameran kali ini, ianya merupakan hasil dan usaha semua kakitangan MGTF USM dengan menyumbang idea permainan zaman kanak-kanak mereka yang secara tidak langsung mewakili permainan era zaman 80an dan 90an.

May be an image of 2 people and people performing martial arts

Selain itu, diselitkan juga dalam pameran ialah permainan console games dan XBOX bagi generasi Z dan millennials.

Pameran ini terbuka kepada orang ramai di MGTF tanpa bayaran, dari 10.00 pagi hingga 4.00 petang, pada hari Isnin hingga Sabtu.

May be an image of 2 people and text

BEyond seeINg di MGTF USM!

Teks asal: MGTF USM/Olahan: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi

  • Created on .
  • Hits: 502

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024