USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

100 LEBIH HADIR DERMA DARAH, LEPASI SASARAN HOSPITAL BESAR PULAU PINANG

USM PULAU PINANG, 30 Mei 2023 - Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR) Universiti Sains Malaysia (USM) telah berjaya melaksanakan program Love in Action bertempat di Dewan Muzakarah anjuran bersama Unit Perubatan Transfusi, Hospital Besar Pulau Pinang (HBPP), Pusat Sejahtera USM dan Pusat Islam USM baru-baru ini.

3e99f127 0772 4107 a7df 0b0e6de97bc6

Lebih menggembirakan, program yang diselaraskan pelajar USM ini mencapai sasaran apabila seramai 104 orang pengunjung telah hadir menderma darah, melepasi sasaran awal yang ditetapkan iaitu seramai 100 orang. Manakala seramai 130 telah hadir membuat saringan kesihatan.

Sambutan untuk pemeriksaan kesihatan amat menggalakkan serta aktiviti menderma darah hjuga memenuhi slot yang disediakan oleh Pihak Hospital Besar Pulau Pinang.

f6085519 b57d 449b 8a3d 51d1cfa886ab

Pihak penganjur dengan rendah hati mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penderma yang hadir menderma darah dan menyokong program ini.

Rata-rata golongan pelajar yang hadir menderma darah turut berasa teruja kerana ada yang pertama kali menderma dan mengganggap ini merupakan tanggungjawab sosial kita semua dalam menjaga kebajikan pada yang memerlukan.

fe4fb8fc 90b3 4239 b1f3 8284773aad12

Turut hadir menderma darah adalah Penggawa Desasiswa Restu sendiri, Ts. Dr. Shahrizal Nazri.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : Muazzah Ismail

  • Created on .
  • Hits: 638

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024