USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROGRAM TINJAU LANGKAH: ONE STEP CLOSER TO MENARA ILMU

USM PULAU PINANG, 29 Mei 2023 - Majlis Penghuni Desasiswa Tekun (MPDT) Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan satu program bersama para pelajar tingkatan enam dari SMK Putrajaya Presint 5(1).

WhatsApp Image 2023 05 29 at 3.45.36 PM

Dengan kekuatan seramai 31 orang sekretariat dan 37 orang pelajar termasuk guru pengiring, program ini berjaya dilaksanakan selama 3 hari 2 malam yang bermula pada 26 Mei 2023 hingga 28 Mei 2023.

Menurut Muhammad As Siddiq bin Mazlan, Pengarah Projek Program Tinjau Langkah: One Step Closer to Menara Ilmu, program ini dilaksanakan sebagai satu insiatif dalam memberi pendedahan awal mengenai kehidupan di universiti kepada para pelajar khususnya tingkatan enam.

Beliau berkata, meskipun program ini hanya berlangsung selama 3 hari, namun diharapkan para pelajar dapat menjadikan pengalaman ini sebagai pembakar semangat buat mereka untuk terus berusaha mencapai kejayaan sehingga memasuki alam universiti kelak.

WhatsApp Image 2023 05 29 at 3.45.36 PM1

Beliau juga berharap program ini dapat memberikan impak yang positif kepada semua pihak yang merangkumi pihak sekolah, pelajar, MPDT dan USM itu sendiri.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada En. Mohd Rashid Abdul Rejab, Timbalan Pendaftar Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh dan Penggawa Desasiswa Tekun, En. Syed Muhammad Afifi bin Syed Md Ridzuan, Pemenang Pingat Emas Utama Universiti Sains Malaysia, serta En. Afirul Idris bin Ayub Khan, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Sains Malaysia yang sudi memberi perkongsian kepada pelajar-pelajar tingkatan enam SMK Putrajaya Presint 5(1).

WhatsApp Image 2023 05 29 at 3.45.37 PM

Teks & Foto : Mohd Rashid Abdul Rejab
Suntingan : Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 617

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024