USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROGRAM GOROSISWA (GOTONG-ROYONG SISWA) SIRI 2: AD CARES - MPDAD JALIN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA ALPHA INDUSTRIES SDN. BHD.

USM PULAU PINANG, 27 Mei 2023 – Majlis Penghuni Desasiswa Aman Damai (MPDAD) telah menjalinkan kerjasama bersama syarikat pengeluar dan pembekal dawai dan rod tembaga gred tinggi, Alpha Industries Sdn. Bhd. melalui program Gorosiswa Siri 2: ‘AD CARES’ di persekitaran Desasiswa Aman Damai di USM kampus induk, kelmarin.

c25ea8f6 7ed8 4f85 8d0d 6fa0f08e25ce

Selari dengan tema program ini iaitu ‘Caring’, ‘Recycle’ dan ‘Sustainability’, beberapa aktiviti seperti ‘Colour Splash’, ‘Aedes Free’, ‘Plant Valley’ dan ‘Thrift Station’ telah dijalankan secara bergotong-royong mulai jam 8.30 pagi, dengan matlamat untuk menjadikan persekitaran desasiswa lebih selesa, bersih dan ceria kepada para penghuni.

Program Gorosiswa Siri 2: ‘AD CARES’ ini dirasmikan oleh Pengurus Kilang Alpha Industries, Mohd Shafiz Mohd Zaki diiringi oleh Rohasyimi Hashim dan Seh Ai Pei selaku Pengurus Alpha Industries.

Mohd Shafiz berasa bangga dengan program ini dan turut menyatakan hasrat beliau agar dapat menjalinkan lagi kerjasama bagi program kehijauan dan kelestarian seterusnya bersama MPDAD pada masa akan datang.

a006960e 6c81 417d 893a a25ba3aab5d4

Seramai 27 kakitangan Alpha Industries, 50 orang MPDAD dan 50 orang peserta turut terlibat dalam menjayakan program yang julung kali diadakan ini.

Pengarah Projek Gorosiswa Siri 2: ‘AD CARES’, Aimi Aleeya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Alpha Industries yang berbesar hati untuk memberi tajaan pokok, makanan dan minuman yang diperlukan sewaktu program ini berlangsung.

“Saya berharap segala aktiviti yang dijalankan sedikit sebanyak dapat memberi impak kepada penghuni untuk memupuk semangat cinta akan alam sekitar dan seterusnya memberi kesedaran kepada semua bahawa persekitaran desa yang bersih membawa kepada keselesaan penghuni itu sendiri,” tambahnya.

dff114b7 7d2c 4251 82ad f68483be43d3

Penggawa Desasiswa Aman Damai, Khairul Aswad Abd Aziz; Penolong Penggawa, Nurul Izzati Rozali selaku Penasihat Projek dan Md Badro Hishan Ibrahim turut hadir menjayakan program ini yang tamat tepat jam 6.00 petang.

Teks: Adlina Farisha (MPDAD SA 2022/2023)/Suntingan: Tan Ewe Hoe/Foto: Shahnizam Ab Rahim

  • Created on .
  • Hits: 534

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024