ADIKARMA USM SERTAI AYCF 2023, TINGKATKAN KESEDARAN DAN PENGETAHUAN IDENTITI NEGARA ASEAN
DEPOK, SELATAN JAKARTA, 27 Mei 2023 – Kumpulan Kesenian dan Kebudayaan Adikarma melalui Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA), Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi menyertai 18th ASEAN and 8th ASEAN+3 Youth Cultural Forum 2023 (AYCF) dari 14 hingga 19 Mei 2023 yang lalu.
Delegasi USM diketuai oleh Pegawai Kebudayaan Kanan, Kampus Kejuruteraan, Mohd Nur Badri Mohd Nazli bersama 4 pelajar lain iaitu Nurul Atirah Suhaimi; Erny Fitriyani Shokib; Sueanniessa See Khun dan Nur Qhalillah Batrisyia Rasselan merupakan antara peserta yang menyertai forum itu.
Universitas Indonesia, Depok menjadi tuan rumah forum pada tahun ini kepada 23 buah universiti lain dari 9 negara ASEAN, iaitu:
Malaysia
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
Brunei
- Universiti Brunei Darussalam
China
- Guangxi University
- Guizhou University
- Xiamen University
- Yunnan University
Indonesia
- Universitas Airlangga
- Universitas Gadjah Mada
- Universitas Indonesia
Korea
- Daejeon University
- Seoul National University
Filipina
- De La Salle University
- University of Philippines
Singapura
- Nanyang Technological University
Thailand
- Burapha University
- Chiang Mai University
- Chulalongkorn University
- Mahidol University
- Prince of Songkla University
Vietnam
- Vietnam National University
Menurut Nur Badri, AYCF menyasarkan pembinaan komuniti ASEAN yang berorientasikan rakyat ke arah tanggungjawab sosial untuk mencapai perpaduan yang berkekalan di kalangan rakyat dan anggota negara ASEAN.
“Selain itu, AYCF juga bertujuan untuk membentuk identiti bersama, membina masyarakat penyayang dan kesejahteraan melalui golongan belia,” katanya.
Pelbagai aktiviti menarik disajikan sepanjang program ini berlangsung antaranya Bual Bicara Akademik, Persembahan Gabungan Kebudayaan ASEAN, Pendedahan Budaya, Bengkel Kebudayaan, dan Bazar Kebudayaan dan Kesenian ASEAN.
Dalam pada itu, booth USM telah berjaya memenangi The Best Bazaar Award.
Kata Nur Badri lagi, “antara dapatan yang diperoleh oleh semua peserta adalah kesedaran dan pengetahuan tentang identiti negara-negara ASEAN, pengetahuan dalam sensitiviti perbezaan budaya dari aspek bahasa dan kepercayaan, kecekapan komunikasi silang budaya, peningkatan tahap kepimpinan pelajar serta jalinan kerjasama dan hubungan antara negara ASEAN.”
Dalam mesyuarat wakil-wakil anggota, mesyuarat telah bersetuju untuk memilih dan mengekalkan Dr. Choltis Dhirathiti sebagai AUN Executive Director dan Ing-orn Jeerararuensak, sebagai Chief of AUN-QA dan Senior Programme Officer.
Mesyuarat juga bersepakat untuk memilih Universiti Brunei Darussalam sebagai tuan rumah pada penganjuran AYCF yang akan datang.
Teks asal & Foto: Mohd Nur Badri Mohd Nazli, BHEPA Kampus Kejuruteraan/Suntingan: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi
- Created on .
- Hits: 262