USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SEMARAKKAN ROH UNIVERSITI APEX SECARA HOLISTIK, SERU NAIB CANSELOR

USM PULAU PINANG, 25 Mei 2023 – Agenda APEX perlu difahami serta dihayati oleh seluruh warga Universiti Sains Malaysia (USM) secara kolektif supaya pengisiannya dapat digembleng dengan efektif, demikian antara intipati seruan Naib Canselor, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed dalam sesi taklimat ‘Penyemarakan Agenda APEX USM’ kepada Ketua-ketua Jabatan di Dewan Persidangan Universiti (DPU), kampus induk USM hari ini.

0cfe8e06 2dfd 453f ab4b e6e4f15e4bb4

Menurut Naib Canselor, tempoh 15 tahun sejak USM menerima pengiktirafan sebagai satu-satunya Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang dianugerahkan status Universiti APEX oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada tahun 2008 merupakan tempoh yang sudah agak panjang.

Justeru, sudah tiba masanya USM meneliti serta menyemak secara holistik bagaimanakah pencapaian sasaran-sasaran yang digariskan pada awal dahulu.

Memandangkan watak-watak utama dalam pasukan terdahulu yang merancang serta berjaya memperoleh pengiktirafan APEX telah tidak lagi bersama USM, maka aspirasi serta roh USM APEX perlu disemarakkan semula agar generasi baharu memahaminya secara holistik.

bafd003d 977d 4821 b0e2 be90ce48bd31

Oleh yang demikian, Lembaga Gabenor Universiti (LGU) dan Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) telah bersetuju untuk dibentuk jawatankuasa khas bagi mengkaji, menyediakan cadangan serta menterjemahkan usaha bagi meneruskan kesinambungan pengisian agenda USM APEX yang disifatkan sebagai perjalanan yang berterusan.

Taklimat telah disampaikan oleh Profesor Dato’ Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah yang terkini dilantik mempengerusikan Jawatankuasa Pemandu APEX USM.

bbb2087f bb40 4eb2 8cc3 21e41acfcb0b

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat; Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr. Habibah A Wahab; Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat dan Kelestarian Institusi, Profesor Dr. Azlan Amran serta Ketua-ketua Jabatan.

Teks: Amyrulhan Azhari/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 354

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024