USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR LANCAR 'E-PUBLICATION' USM, PLATFORM PENGURUSAN DATA PENERBITAN BERKUALITI DAN TEPAT

IMG 20230524 WA0032

USM PULAU PINANG, 24 Mei 2023 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed melancarkan 'e-Publication' USM, platform terbaharu untuk pengurusan maklumat penerbitan, di 'VIP Lounge', Bangunan Canselori, hari ini.

IMG 0031

Projek pembangunan 'e-Publication' USM merupakan hasrat universiti bagi menyediakan satu platform khusus yang berkeupayaan mengurus, mengumpul serta menganalisis maklumat-maklumat berkaitan penerbitan bagi keseluruhan USM dengan cepat dan tepat.

IMG 20230524 WA0034

Projek yang mula digerakkan sejak Ogos 2021 membabitkan kerjasama strategik pelbagai pusat tanggungjawab (PTJ), termasuk Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) sebagai pembangun system; Perpustakaan dan Penerbit USM sebagai pusat verifikasi dan pengesahan data penerbitan; Jabatan Pendaftar, Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan dan lain-lain.

IMG 20230524 WA0036

'e-Publication' USM juga diperkasakan dengan keupayaan untuk menarik data secara terus daripada 'Web of Science' dan 'Scopus' serta diyakini akan mampu menyumbang kepada inisiatif Sains Terbuka (Open Science) yang sedang giat dijalankan di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

IMG 0044

Naib Canselor merakamkan penghargaan serta terima kasih kepada semua yang terlibat dan menggesa usaha-usaha berterusan meningkatkan mutu akademik serta penyelidikan menerusi inisiatif teknologi maklumat terus dipergiatkan.

Teks: Amyrulhan Azhari/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 710

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024