USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HIMPUN BUDAYA 2023 SEMARAK KESENIAN DAN KEBUDAYAAN PELBAGAI KAUM

USM PULAU PINANG, 23 Mei 2023 - Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Sekretariat Protégé USM hari ini telah menganjurkan program berformatkan festival kebudayaan Himpun Budaya 2023 bagi menyemarakkan aktiviti kesenian dan kebudayaan daripada pelbagai kaum menerusi 7 buah program menarik.

Berlangsung di Foyer Dewan Budaya USM dan bertemakan “Memadani Tradisi, Merentasi Komuniti”, perasmian program disempurnakan oleh Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.

May be an image of 3 people and text

Menurut Abdul Rahman dalam ucapan perasmiannya, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), aktiviti ini dapat mengangkat dan menyokong kelestarian melalui pengisian program yang telah diaturkan.

“Saya amat menggalakkan semua warga kampus dan institusi dalam mahupun luar negara untuk sama-sama menghargai kelestarian seni dan budaya yang dapat diperolehi daripada program ini,” katanya.

May be an image of 3 people and text

Tambah Abdul Rahman, selain HEBAT dari segi akademik, adalah diharapkan agar para pelajar untuk menjadi HEBAT dari segi sahsiah diri.

Sementara itu, Pengarah Dewan Budaya USM, Ramnah Ramli dalam ucapannya berkata, diharapkan agar program ini dapat memberikan impak positif dan memberi manfaat kepada semua pihak dalam meningkatkan perasaan kecintaan terhadap aktiviti kebudayaan dalam kalangan warga universiti di samping dapat meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya usaha memartabatkan kelestarian seni dan budaya selaras dengan atribut Apresiasi Seni dalam elemen BALANCED dalam agenda HEBAT USM.

Program Himpun Budaya akan berlangsung pada 23 hingga 25 Mei 2023 di kawasan Permatang Pelajar dan kawasan sekitar Dewan Budaya USM.

IMG 0098

Antara aktiviti menarik termasuk dalam program adalah Cipta (bengkel karikatur, reka Mandala dan aksesori tassel), Pekan Seni (jualan kraftangan), Kunyah (Pesta Makanan Tradisi), Main (Pertandingan Sukan Tradisi), Palu (Demonstrasi Gendang Tradisional), Wayang dan Rentak iaitu persembahan tradisional secara terbuka.

IMG 0159

IMG 0219

Hadir sama pada majlis perasmiaan adalah Pengarah Pusat Mobiliti dan Kolaborasi Antarabangsa (IMCC), Profesor Madya Dr. Muhizam Mustafa; Pengarah Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC), Dr. Ahmad Zulman Mohd Zain dan pegawai-pegawai utama USM.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 838

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024