USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM RAIKAN 130 ‘PERMATA’ PRA-U USM DI KMK

WhatsApp Image 2023 05 22 at 5.28.50 PM

KULIM, 22 Mei 2023 – Dekan Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr. Amirul Al-Ashraf Abdullah hari ini telah hadir di Kolej MARA Kulim (KMK) bagi menyampaikan penghargaan kepada para pelajar cemerlang Pra-Universiti USM melalui Majlis Apresiasi Semester 1, Sidang Akademik Sesi 2022/2023, Program Pra-U USM.

Beliau yang hadir membawa mandat Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar di atas pencapaian yang cemerlang pada peperiksaan yang lalu dan turut berbangga dengan kejayaan seramai 103 orang pelajar yang telah berjaya memperoleh PNGK 4.00.

Para pelajar Pra-U USM yang diraikan adalah seramai 130 orang yang berjaya memperolehi PNGK 3.50 dan ke atas.

Amirul Al-Ashraf mengingatkan para pelajar untuk terus berusaha dengan gigih walaupun telah memperoleh keputusan yang boleh dibanggakan kerana kejayaan ini masih terlalu awal dan perlu diteruskan lagi untuk semester ini serta ke peringkat yang lebih tinggi yang mana laluan telah tersedia untuk diterokai.

WhatsApp Image 2023 05 22 at 5.28.51 PM

“Perlu diingatkan di sini, laluannya bukan mudah kerana setiap ‘perjalanan’ pasti ada cabaran dan ujian yang memerlukan kekuatan fizikal, mental dan rohaniah dalam mencapai kejayaan yang lebih cemerlang,” katanya.

Penghargaan juga diberikan kepada semua tenaga pengajar dan kakitangan KMK yang sentiasa memberikan bimbingan penuh kepada para pelajar di sini.

WhatsApp Image 2023 05 22 at 5.28.49 PM

“Kepada pihak pengurusan Kolej MARA Kulim, terima kasih juga diucapkan di atas kerjasama baik yang terjalin di antara KMK dan USM, diharapkan kerjasama ini akan berterusan lagi di masa akan datang,” tambahnya.

Turut dimuatkan sebagai pengisian program ialah penyampaian hadiah kepada para pelajar oleh Amirul Al-Ashraf dan juga sesi tayangan video yang merangkumi kejayaan-kejayaan pelajar Pra-U USM sepanjang semester 1 di KMK untuk tontonan tetamu kehormat dan para hadirin.

WhatsApp Image 2023 05 22 at 5.28.50 PM1

Turut hadir menjayakan majlis ialah Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik, KMK, Mohamad Azaki Mohamad Kadis; Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Pengurusan Akademik, USM, Ramli Osman; Penyelaras Program Pra-Universiti, USM, Profesor Madya Dr. Mohd Rizal Razali; Ketua Jabatan Matematik, KMK, Dr. Monisa Abdul Wahab dan pegawai-pegawai utama USM dan KMK.

Teks: Muhammad Haziq Aqmar Amril Nurman (Intern@MPRC)/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 580

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024