USM-FLEX RAIKAN 157 PEKERJA FLEX TAMAT PENGAJIAN CEED
USM, PULAU PINANG, 19 Mei 2023 - Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan atau Graduate School Of Business (GSB) bersama Flextronics Technology (Malaysia) Sdn. Bhd. (FLEX) hari ini telah menganjurkan Majlis Graduasi Program Profesional FLEX-USM 2023.
Majlis gilang-gemilang ini telah meraikan seramai 157 pekerja FLEX yang berjaya menamatkan pengajian di bawah Centre For Executive Education & Development (CEED), GSB, USM di dalam kursus akademik berikut:
• Sarjana Profesional dalam Pengurusan & Kepimpinan Strategik / Professional Masters in Strategic Management & Leadership
(PMISML)
• ljazah Eksekutif dalam Pengurusan Pembuatan / Executive Degree in Manufacturing Management (EDMM)
• Sijil Profesional dalam Pengurusan Peneliaan / Professional
Certificate in Supervisory Management (PCISM)
• Sijil Profesional dalam Pengurusan Projek / Professional Certificate it
Project Management (PCIPM)
Hadir menyempurnakan majlis ialah Timbalan Naib Canselor Akademik Dan Antarabangsa,
USM, Profesor Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat; Naib Presiden Operasi, Flextronics Technology (Malaysia) Sdn. Bhd., Encik Viswanathan Paramasivam; Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri, Masyarakat dan Kelestarian Institusi, USM, Profesor Dr. Azlan Amran; Dekan Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Profesor Madya Dr. Fathyah Hashim dan Dif-Dif Kehormat.
Hasil kolaborasi kedua-dua belah pihak ini adalah bertepatan dengan matlamat organisasi masing-masing iaitu penumpuan kepada kelestarian semua pihak (USM) dan pemberian peluang pembelajaran sepanjang hayat (FLEX).
Teks: Muhammad Haziq Aqmar Amril Nurman (Intern@MPRC)/ Foto: Mohd Fairus Md Isa
- Created on .
- Hits: 1188