USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

INTELEC2023 LAHIR IDEA DAN INOVASI BAHARU DALAM KONTEKS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

USM PULAU PINANG, 17 Mei 2023 - Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik (CDAE) hari ini telah menganjurkan Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran atau Innovations In Teaching And Learning Competition (INTELEC2023).

IMG 5474

Pertandingan yang melibatkan 140 peserta daripada 72 penyertaan ini bertujuan untuk melahirkan idea dan inovasi baharu dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam perkembangan dunia pendidikan yang kompetitif.

Hadir mewakili Naib Canselor ialah Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri, Masyarakat dan Kelestarian Institusi, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Azlan Amran bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

5 penyertaan daripada 3 kategori telah terpilih sebagai pemenang hadiah utama dan berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000.

IMG 5475

Pemenang Kategori Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

1. Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik
-Nur Amalina Muhammad
-Hasnida Ab Samad
-Anis Masturina Azhan

2. Pusat Pengajian Sains Komputer
-Jasy Liew Suet Yan
-Nasuha Lee Abdullah
-Nor Athiyah Abdullah
-Teh Je Sen
-Wong Li Pei

Pemenang Kategori Inovasi Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (Penyertaan Staf)

1. Pusat Pengajian Sains Kesihatan
-Garry Kuan Pei Ern
-Kueh Yee Cheng
-Vincent Tan dan Kang Ying Qi

2. Pusat Pengajian Sains Perubatan

-Zul Izhar Mohd Ismail
-Anna Alicia Simok
-Shamsi Amalina Shamsuddin
-Muhamad Nor Firdaus Ab Rahman
-Norhana Md Arshad

Pemenang Kategori Inovasi Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (Penyertaan Pelajar)

1. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
-Muhammad Iqbal Ibrahim
-Nur Nazziera Iezzati Nazha

Teks: Muhammad Haziq Aqmar Amril Nurman (Intern@MPRC)/ Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 617

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024