USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BERBAHANG RAYA KAMPUS KEJURUTERAAN USM BERSAMA NAIB CANSELOR

8156ea10 dde7 4eff 8416 651969997cbb

NIBONG TEBAL, 15 Mei 2023 – Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kampus Kejuruteraan yang diadakan di Dewan Utama hari ini begitu meriah dengan kehadiran warganya yang terdiri daripada bukan sahaja kakitangan tetapi juga para pelajar.

Lebih manis lagi apabila majlis yang bertemakan “Bahang Raya Engineering” ini diserikan dengan kehadiran Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.

d36e58e4 2ae7 4f23 8efe b45ed42a1489

Beliau ketika diminta mengulas akan penganjuran majlis ini berkata, ianya adalah satu situasi yang positif dalam melihat kehadiran ramai pelajar terutamanya dari kalangan pelajar antabangsa yang jelas menunjukkan komitmen mereka untuk terlibat dalam program anjuran kampus.

c413dd26 a071 4fcb 93b1 c9be03646243

“Saya ingin melihat lebih banyak penglibatan secara langsung pelajar dalam program-program anjuran kampus seperti ini selain daripada hadir sebagai tetamu sahaja.

“Apatah lagi dengan kelebihan pelajar-pelajar kita dari segi bakat yang sangat diakui dan tidak boleh dipertikaikan lagi selama ini,” tambah beliau.

“Buka peluang kepada mereka ini untuk menjadi sebahagian daripada acara termasuklah dari segi persembahan.

“Selain daripada itu, saya juga berharap agar diperluaskan lagi jemputan program kepada pihak-pihak berkepentingan atau stakeholders serta partners kampus demi mengukuhkan rangkaian hubungan antara mereka dan USM.

“Kampus Kejuruteraan perlu terus mempromosikan bakat-bakat yang kita ada terutamanya kepada pihak industri!” kata Abdul Rahman lagi.

Pada masa yang sama, Pengerusi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kampus Kejuruteraan 2023, Profesor Dr. Farzad Ismail pula mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penganjuran program kali ini.

ee256f88 1d01 41b8 b210 8d436d981538

“Sebarang maklumbalas yang diterima melalui penganjuran hari ini akan kita jadikan sebagai input untuk kita memperbaiki segala kekurangan dan menjadikan acara ini lebih baik lagi di masa akan datang,” akhiri beliau yang merupakan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa ini.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 314

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024