USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR TAHUN 4 USM WAKILI NEGARA KE SUKAN SEA KEMBOJA

USM PULAU PINANG, 12 Mei 2023 – Pelajar tahun empat Universiti Sains Malaysia (USM), Kamini Sri A/P Segaran bakal mewakili negara ke Sukan SEA Kemboja yang berlangsung pada 5 hingga 17 Mei ini.

kamini sri

Kamini yang merupakan pelajar daripada Pusat Pengajian Pengurusan akan bertanding di dalam acara Judo bagi kategori bawah 57kg pada 14 Mei 2023.

Sukan SEA kali ini merupakan edisi yang ketiga disertai oleh beliau selain mempunyai pengalaman yang luas di peringkat kebangsaan.

Untuk rekod, Kamini telah merangkul pingat Gangsa untuk edisi Sukan SEA Vietnam 2021 terdahulu selain memenangi pingat Emas ketika mewakili Pulau Pinang pada Kejohanan Judo Senior Kebangsaan 2023 dan juga Emas SUKMA Perak 2018.

Seluruh warga USM memberikan sokongan penuh kepada Kamini untuk Sukan SEA pada tahun ini dan diharapkan beliau akan berjuang dengan sepenuh jiwa demi Jalur Gemilang di dada.

Teks: Muhammad Haziq Aqmar Amril Nurman (pelajar intern MPRC)

  • Created on .
  • Hits: 195

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024