USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SIBUK BELAJAR BUKAN HALANGAN AKTIF KOKURIKULUM

20150502 165211

KUBANG KERIAN, 2 Mei 2015 - Sibuk belajar bukan halangan untuk bergiat aktif sesuai dengan gesaan agar mahasiswa lebih proaktif dan berdaya saing, seperti ditunjukkan oleh mereka dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) menerusi Persatuan Sains Kesihatan dengan kerjasama Sekretariat Debat & Pidato Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) yang pertama kalinya menganjurkan pertandingan 'Debat Piala Pengarah Kampus' sekolah menengah zon pantai timur yang bertemakan 'Membudayakan Bahasa Melestarikan Warisan'.

Guru Maktab Sultan Ismail, Ivi Marlinda Daud berkata, pertandingan yang diadakan ini sangat baik kerana memberi peluang dan pendedahan sebagai platform kepada sekolah-sekolah yang bertanding untuk melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.

20150502 164042

20150502 164112

"Adalah diharapkan pertandingan debat ini diadakan setiap tahun dan diperluaskan lagi bukan sahaja untuk zon pantai timur malahan sehingga peringkat kebangsaan", katanya.

Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu Kelantan menjuarai pertandingan ini dengan menewaskan Maktab Rendah Sains Mara, Merbok, Kedah di dalam pusingan akhir apabila usul mereka yang bertajuk 'Konflik Timur Tengah: Kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan' diterima yang melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM1,000, piala pusingan dan piala iringan.

20150502 165002

Pertandingan ini turut menobatkan adik Mohamad Muaz Mohamad sebagai Pendebat Terbaik liga dan pusingan akhir. - Teks/Foto: Laila Rashid, Kampus Kesihatan USM

  • Created on .
  • Hits: 1252

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024