SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI@USM ERATKAN SILATURAHIM DALAM KALANGAN KELUARGA BESAR USM
USM PULAU PINANG, 12 Mei 2023 – Dalam usaha mengeratkan silaturahim dalam kalangan keluarga besar Universiti Sains Malaysia (USM), pihak Universiti hari ini telah menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Permatang Pelajar, Kampus Induk USM.
Majlis tersebut menyaksikan kehadiran pengurusan tertinggi Universiti bersama menyertai warga USM untuk menyambut Hari Raya dengan pelbagai juadah tradisional dan moden yang disediakan secara ‘potluck’ oleh 60 pusat tanggungjawab (PTJ) USM.
Hadir sama pada majlis adalah Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin; Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed; Ahli-ahli LGU, Timbalan-timbalan Naib Canselor USM bersama Ahli-ahli JKPU yang lain dan ketua-ketua jabatan.
Dianggarkan 95% warga USM dari pelbagai lapisan hadir ke majlis sambutan Hari Raya kali ini yang bermula pada jam 2.15 petang.
Turut diselitkan dalam majlis adalah pemilihan tiga khemah terbaik dan pakaian tercantik (lelaki dan wanita).
Seperti tahun-tahun sebelumnya, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu hari raya oleh artis-artis Dewan Budaya USM dan penyanyi jemputan dalam kalangan staf dan pelajar USM.
Tahun ini tema sambutan adalah ‘Kampung-Style’ dan kesemua hadirin digalakkan membawa pinggan dan cawan sendiri sebagai salah satu usaha ke arah menerapkan amalan kelestarian.
Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Mohd Fairus Md. Isa
- Created on .
- Hits: 754