USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

DATO’ SERI DR. AWANG ADEK HUSSIN DILANTIK SEMULA PENGERUSI LGU USM

May be an image of 2 people and text that says "UNIVERSI SAINS MALAYSIA APEX Setinggi-ting Tahnia h YBHG. DATO' SERI DR. AWANG ADEK HUSSIN atas pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Gabenor USM 8 Jun 2023 Jun 2025 YBg.Pof. YBhg. Prof. Dato Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, FASc. daripada (Naib Canselor) dan seluruh warga USM JಜNE"

PUTRAJAYA, 9 Mei 2023 – Seluruh warga Universiti Sains Malaysia (USM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin atas pelanjutan pelantikan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Gabenor USM untuk tempoh dua tahun lagi, berkuatkuasa mulai 8 Jun 2023 hingga 7 Jun 2025.

YBhg. Dato’ Seri yang mula memegang jawatan tersebut sejak 8 Jun 2020, menerima watikah pelanjutan pelantikannya dari Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, pagi ini di Kementerian di sini.

YB Menteri Pendidikan Tinggi dalam surat watikah itu, mengucapkan tahniah atas pelantikan semula YBhg. Dato’ Seri dan beliau yakin bahawa YBhg. Dato’ Seri mampu menyumbang dan membawa USM ke arah pencapaian kemajuan akademik dan organisasi yang lebih cemerlang, selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau dan antarabangsa.

Pihak Universiti turut menzahirkan kepercayaan terhadap pengalaman luas, kepimpinan dan kewibawaan yang ada pada YBhg. Dato’ Seri, akan meneruskan usaha memacu pencapaian dan kecemerlangan USM sebagai sebuah universiti APEX ke tahap yang lebih tinggi dan membanggakan lagi.

Teks: Tan Ewe Hoe/Infografik: Ebrahim Abdul Manan  

  • Created on .
  • Hits: 567

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024