USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NEON RUN: GLOW YOUR HEART LAHIRKAN GENERASI SIHAT DAN CERGAS

344736990 169153476093175 8884826483351951897 n

USM PULAU PINANG, 7 Mei 2023 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Rancangan Khidmat Komuniti (RKK USM) di bawah pemantauan Pusat Rancangan Kokurikulum (PRK USM), baru-baru ini telah menganjurkan acara larian amal Program Neon Run: Glow Your Heart yang terbuka kepada semua pelajar USM dan orang luar.

Berlangsung di Padang Kawad USM pada 3 Mei 2023, program larian ini disertai seramai 2,400 peserta dan sungguhpun berada dalam suasana hujan pada permulaan program, ianya tidak mematahkan semangat para peserta untuk meneruskan larian mereka dengan penuh komited dan bersemangat.

344724586 756014139335131 7059227528335277258 n

Hadir merasmikan program adalah Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat dan Kelestarian Institusi, Profesor Dr. Azlan Amran yang turut melepaskan para peserta larian.

Azlan dalam ucapan perasmiannya berkata, program ini bukan sahaja bertujuan untuk melahirkan pelajar dan masyarakat yang sihat dan cergas, malah sebahagian sumbangan yang dikutip akan didermakan kepada golongan yang memerlukan, yang mana inisiatif ini merupakan satu tindakan yang sangat bermanfaat dan patut dibanggakan.

344741427 1229567511023414 5850001758822976058 n

“Saya difahamkan bahawa hampir 80 peratus tenaga kerja bagi program sebegini datangnya daripada pelajar sendiri terutamanya pihak RKK USM, dan hal ini bertepatan dengan fokus pemerkasaan mahasiswa yang mana mahasiswa dihakupayakan untuk menganjur dan mengelola program/aktiviti persatuan sendiri secara kreatif dan penuh bertanggungjawab dengan penglibatan minimum staf. Tahniah saya ucapkan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Program Neon Run, Aisyah Bahirah Yusni dalam ucapannya berkata, program larian neon yang dianjurkan pada julung kalinya ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dengan kerjasama ahli jawatankuasa kerja yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

344761466 544336997888343 5344596314329637331 n

“Saya berharap agar sumbangan dan bantuan yang akan didermakan ini mampu menceriakan mereka yang kurang bernasib baik, dan harapan saya agar usaha baik ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang,” katanya.

344739652 236849365664007 8785393790018793779 n

Program juga diserikan dengan acara senamrobik sebelum pelepasan larian dan cabutan bertuah dengan sebuah basikal sebagai hadiah utama.

Selain itu, majlis penutup program juga diserikan dengan persembahan percikan bunga api yang mewarnai dan menerangi ruang angkasa USM.

344764882 636375791192642 5024719158754790102 n

Hadir sama pada majlis adalah Pengarah PRK USM, Profesor Madya Dr. Mohamad Haafiz Mohamad Kassim; Timbalan Pengarah PRK USM, Profesor Madya Dr. Mohd Sayuti Hassan; Penasihat Program Neon Run, Dr. Noor Alyani Nor Azazi dan pegawai-pegawai USM.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Mohd Fairus Md. Isa  

  • Created on .
  • Hits: 459

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024